Monday, April 13, 2009

::. Pelupa .::



Salam,


Sekadar ingin berkongsi apa yang ummi dapat.... Sebelum tu ummi nak kongsi cerita sikit.... Mungkin agak memalukan kot! Tp, ummi rasa ok ler untuk kebaikkan semua orang gak kan... Lately nie...ummi menjadi bergitu pelupa... MAcam2 benda yang biasa ummi buat ummi tak ingat. Pada hal benda tu simple dan terlalu mudah sangat!


Contohnya, ada ke patut...ummi lupa bawa balik helmet! Kan ke tu satu benda yang terlalu simple dan sebenarnya tak patut kita lupa! So...dengan rasa ingin tahu dan nak ubah agar jangan jadi seorang pelupa... ummi pun search ler google... Ini le peneman @ rujukkan ummi bila ada yang ummi nak cari sesuatu! huhuhu.... Ummi tak mahu jadi seorang yang pelupa!


Banyak sangat persamaan dari 1 web dengan web yang lain... BAnyak benda yang sama mereka bincangkan akan hal LUPA nie. Dan pendapat mereka adalah sama. So...cam ne yer... Agaknya benarkah kata mereka itu? Mari kita nilai-nilaikan diri kita dan yang terutama diri ummi sendiri! Ummi harap, ummi akan dapat selesaikan masalah ini dengan segera.

*

*

*


Jom Layan...Apa itu penyakit lupa....
hehehehe....



AWAS ! KURANG TIDUR ..... JADI PELUPA!


Menurut kajian yang dibuat.... kehilangan waktu tidur dapat membuatkan seseorang kehilangan daya ingatannya bahkan pengalaman terbarunya! Seseorang itu memerlukan tidur yang mencukupi iaitu umumnya tidur selama 7-9 jam setiap hari.


Menjadi Pelupa


Lupa itu terbahagi kepada 3 jenis. 1) Lupa gangguan 2) Lupa keusangan 3) Lupa desakan emosi

1) Lupa gangguan - Biasa berlaku kepada pelajar2. Sering mendapat maklumat baru. So...Maklumat lama tak dapat ingat.

2) Lupa Keusangan - Perkara biasa yang kita lalui. Lupa akan maklumat serta sukar mengingati memori.

3) Lupa Emosi - Terlalu berharap mengingati sesuatu perkara. Ini menyebabkan tekanan dan boleh menyebabkan jadi lupa.


PETUA BUAT SI PELUPA

1. Tidur yang mencukupi. Dengan rehat yg mencukupi dapat menjana minda dan seterusnya talian ingatan akan bercambah.

2. Kawal stres / Tekanan. Jiwa yang stres memang menyukarkan minda berfungsi dengan baik sekali gus menjana memori untuk disimpan sekali gus mengaburkan ingatan kita.

3. Bersenam. Ia akan membantu perkembangan fizikal sekali gus menjaba memori untuk disimpan dalam otak

4. Elak kemurungan. Sentiasa bersosial dan elakkan diri berada dalam keadaan kesedihan.

5. Sentiasa ingat kepadaNYA. Baca lah Al-Quran dan solat. Ia dapat membersihkan jiwa.


Banyak Cara Melatih Otak.


Senaman - Senam tapi jangan sampai tidak dapat rehat yang cukup!

Gizi makanan - Penuhi gizi makanan anda. Dapatkan banyak protein seperti ikan, daging serta biji-bijirin.

Kurangkan makanan yang berlemak - Terutama junk-food

Minuman yang rendah gula - Gantikan buah-buahan dengan minuman ringan.

Jauhi stres - Beban fikiran akan menimbulkan tekanan. Oleh itu belajar menangani masalah dan hadapi dengan optimistik

Cukup tidur - Cuba tidur dengan teratur. Jadual tidur yang tidak teratur akan menyebabkan kurang stamina serta melemahkan daya konsentrasi.



Tips-tips Yang boleh dirujuk.



  1. Berdoa - Mulakan segala aktiviti kita dengan doa. Mohon perlindungan ALLAH dari godaan syaitan dan menjauhkan dari bencana.

  2. JAuhi MAksiat - Maksiat boleh menghalang kita mendapat ilmu. Oleh yg demikian jaga lah fikiran dengan tidak memikirkan benda2 yang kotor...

  3. Asah otak dengan membaca - Bahan bacaan yang manfaat. Ct Al-Quran, buku, artikal dan sbg. Dengan tujuan sepaya otak tidak haus.

  4. Biasakan meletakkan segala sesuatu ditempatnya. Agar kita senang megambilnya.

  5. Jangan lupa mencatat hal2 yang penting atau sesuatu yang akan kita lakukan. Lekatkan catatan itu di tempat2 yang sering kita lalu seperti dekat cermin...

  6. Segera melakukan sesuatu jika teringat. Jangan nanti2

So...Bila ummi baca 1 persatu, ummi tahu di mana kelemahan ummi. Ummi cuba perbaiki agar masalah ini dapat di atasi. Ada juga yang agak suka untuk ummi ubah. Contohnya ; makan junk-food dan berlemak. Walau bagaimana pun akan ummi cuba yang terbaik.

Sebagai hambaNYA kita hanya merancang. Tapi dia yang menentukan... Apapun kita handaklah rajin berusaha + berdoa + bertawakal = berjaya .... InsyaAllah

3 kali peluk cium untuk Husna:

mama tisya on April 13, 2009 at 2:22 PM said...

byk kategori pelupa ni ye..anyway tq for sharing the info

zureen @ mama on April 13, 2009 at 3:21 PM said...

"Buat2 lupa" masuk kategori mana ekk???

Liana Manjaku on April 13, 2009 at 3:49 PM said...

Kak erryn...

Tu ler...nie baru tau...

Zureen...
Tu nak kena ler tu! hahaha

Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez