Saturday, July 11, 2009

::. 1 Tahun 4 Bulan .::

Salam...
Menginjak usia Husna 1 tahun 4 bulan....
Ummi rindu akan setiap perkembangan yang berlaku!
Paling uumi tak pernah lupakan....
Dan sering terbayang2 di ruang mata ummi ialah :
Waktu pertama kali Husna merangkak!
Waktu itu, ummi tak dapat bayangkan betapa gembiranya ummi!
Bukan selama ni tak gembira! Tp, sukar ummi nak jelaskan di sini!
Masih terbayang2 Husna merangkak dan masuk ke dalam bilik mencari ummi yang sedang membuka tudung! Husna menunjukkan bakat barunya sambil tertawa!
Huhuhu...Rindunya....
Sekarang Husna nak masuk 1 tahun 4 bulan.
Sekejap kan?

Perkembangan Husna pada ketika ini :

  1. Husna sudah mengeluarkan beberapa perkataan dalam bahasa Jermannya! Kalo susu --> dudu, makan --> mama, nak --> ennna, kucing --> er @ cut..cut.. Perkataan yang terang dia sebut : ayah. Sebenarnya masih banyak lagi suku kata yang Husna sebut dan susah ummi nak tulis!
  2. Sekarang nie...bertambah manja lagi anak ummi ni. Dia marah kalo ayah geletek ummi dia. Atau ummi buat2 pukul ayah dia! dan buat jerit2 cakap tolong ker... KAlo dia nampak, dia akan menangis dan menjerit2. Sambil tarik2 tangan kita. Konon nak tolong ler tu! hehehe...
  3. Pandai beri perhatian pada sesuatu. Kalo sesuatu cerita @ lagu yang dia suka dah habis...Mesti dia berbunyi...er..er... Suruh ummi @ ayah dia mainkan semula.
  4. Sekarang sudah berjinak2 pakai tudung! Hehehe... Saja kami ajar sejak dari kecil ini. Memang nampak rimas, tapi comel tau kalo budak2 pakai tudung!
  5. Suka tengok kat luar tingkap! PAndang lama kat luar tu! Bising mulut dia. Terutama kalo nampak kereta2 yang bergerak tu!
  6. Makan pula, Alhamdulillah... Sekarang kuat makan. Paling suka makan mee. Tak kira ler mee goreng ker, atau mee sup! 1 lagi, nasi lemak! Pedas pun layan juga!
  7. Susu, masih lagi minum Pediasure coklat. Tp, ummi dan ayah dah beli Enfagrow yang honey tu! Nak cuba hari ini. Kalo Husna ok, nak teruskan beri Enfagrow ini jer...
  8. Buku, suka baca buku. hehehe.... Suka sekali kalo ummi @ ayah baca kan buku untuk dia. Dia punya khusuk tu...MAcam faham apa yang ditulis dalam buku tu! Suka buku2 bergambar.
  9. 1 lagi, suka main komputer ayah dia! Puas hati kalo kat moniter tu ada keluar ikon2 bila dia picit2 mouse tu! Dah tau kat mana nak on kat PC...hahahaha... Kalo nak shut dwon pun dia main tekan.
  10. Kalo dengar azan atau orang mengaji...nanti dia akan letak jari dia kat mulut sambil berbunyi shut!shut! Siapa bercakap mesti dia buat cam tu! Sampai habis azan @ orang mengaji!
  11. Saiz baju sekarang, pakai baju budak 2 tahun! Kasut saiz 5. Berat badan 10.7kg (2 minggu lepas). Tak naik sangat berat Husna sejak dia lasak nie.
  12. Tido.... Sekarang paling awal dia tido pukul 9.00 mlm! Bangun dalam pukul 6.30 @ 7+++ Paling lawak kan...satu hari tu...Husna bangun lewat. Ummi kejut ler dia. Sambil panggil2 nama dia! Tau apa dia buat? Dia bangun sambil letak jari dia kat mulut dan bunyi shut! hahahaha :D Ummi macam nak gelak guling-guling masa tu!

Ok, ler...Ummi rasa itu ajer perkembangan yang terbaru nie!

Buat Husna : Ingat tau, ummi dan ayah sayang sangat kat Husna! Semoga Husna jadi anak yang solehah, bijak, Srikandi Islam dan juga dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara.

Amin....


11 kali peluk cium untuk Husna:

mama tisya on July 11, 2009 at 12:40 PM said...

cpt ms berlalu kn...pejam celil pejam celik husna dh 1thn 4bln tk lama lg cecah 2thn....

cintaKusayangMu on July 11, 2009 at 1:09 PM said...

dh besar dh husna....
bila lg la nk jmpa husna kn....

KTS on July 11, 2009 at 1:50 PM said...

wah...
pandai husna cakap bahasa jerman ya...
nanti nak belajar dgn husna la... boleh tak husna??

ekekeke..

zureen @ mama on July 11, 2009 at 10:25 PM said...

Kejap sahaja dah besar kan??

Afne on July 11, 2009 at 11:06 PM said...

waahhh.. dh mcm2 perkembangan husna yea. tunggu je skit lg bila dh start bercakap sampai kita yg tak larat melayan hehe

Ibu Double Q on July 12, 2009 at 1:45 PM said...

go go husna.. biar jadi anak solehah.. bjak..pandai.. chumeel.. n senang di hati sume org..
auntie sayang husna

Anonymous said...

cepat tol masa tu kan...dulu kita sama2 posting pkembangan ank masing2 kt pcm rasa mcm husna kecik lagi je..heheh

Liana Manjaku on July 13, 2009 at 8:31 AM said...

Mama Tisya,
Tu ler kak, cepat rasanya. Tak lama jer lagi masuk 2 tahun.


Mummy Qis,
Tunggu twins tu sambut birthday pertama @ raya...Boleh tak?

Liana Manjaku on July 13, 2009 at 8:32 AM said...

Zureen,
Iyer...kan je masa berlalu.


Afne,
Sekarang pun tak terlayan. Kejap2 ajak buat tu...kejap2 nak itu! huhuhu....Tp, seronok! :)

Liana Manjaku on July 13, 2009 at 8:34 AM said...

Mona,
Tq auntie... Husna pun sayang auntie.

Nana,
Tu ler... Tp ummi sekarang jarang masuk PCM. Kalo masuk pun just baca2 perkembangan anak orang! hehehe

mama_umar_maryam on July 13, 2009 at 10:54 AM said...

semakin diorg besar,kite akan jd semakin rindu kt diorg..huhu,emo..

Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez