Monday, July 20, 2009

::. Peraduan Kisah & Lagu .::

Salam...
Ini pertama kali ummi joint contest MamaManja nie....
Dulu, Mamamanja pernah buat gak, tp ummi tak sempat nak joint!
Atas sebab2 yang tertentu!
Kali ini...Ummi tak nak lepaskan peluang!
So, korang...apa lagi...Jom ler ghamai-ghamai2 contest yang MM buat nie...
Contest ini senang jer...
Just cari 1 lagu dan cerita le apa2 berkenaan korang yang berkaitan dengan lagu tersebut!
Sila ke sini yer...
HAdiahnya? Huis...joint dulu...Baru tau!
Rugi tak joint yer....
**************************************************************
Standing In The Eyes Of The World ; Ella
Pahit getir hidup... dan
dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
( korus )Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba..

Mengapa ummi pilih lagu ini? Mungkin ada yang pernah tau atau kenal dengan ummi sebelum ini. Ummi pernah joint satu syarikat sebagai Agent Insurance.. Lama gak ummi bergelar agent insuran. Sejak keluar U sampai ler tahun 2008.

Group yang ummi joint ini memang antara group yang aktiv. Mempunyai ramai kawan-kawan yang berwawasan dan bermotivasi tinggi! Setiap pagi, kami akan ada morning breakfast. Dalam morning breakfast ini kami akan menceritakan kejayaan kita pada setiap agent yang lain...Sambil2 bersarapan kita akan dengar pelbagai jerit perit bergelar seorang agen insuran! Kami akan memberi pandangan dan nasihat pada kawan-kawan yang DOWN! Biasa lah... sebagai agen insuran ada kalanya mesti kita down, bila kita berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan! Biasanya morning breakfast ini bermula pukul 7.00 pg. So, seawal 7.00pg kami dah berkumpul dan bersalaman! Selepas bersarapan, lagu ini pasti kami nyanyikan bersama2. Kami menyanyikan dengan penuh semangat! Kami ingin memburu kejayaan dan kekayaan!

Apa yang membuatkan ummi rasakan lagu ini penuh bermakna, suatu hari...seharian ummi berjalan membuat marketing! Tp, usaha ummi menemui kegagalan! Apa yang ummi dapat keletihan yang teramat sangat! Dengan panas terik, ummi benar2 down! Susah benar nak mendapat 1 orang pun pelanggan! Akhirnya ummi terduduk dan menangis! Tau tak, Hotel Corncord menyaksikan semua kesedihan ummi! Bila dah puas menangis, ummi berjalan kaki menyusuri jalan sambil menyanyikan lagu ini! Ummi akhiri hari itu dengan penuh kesedihan. Lagu itu mengenangkan ummi betapa kita perlu berusaha dengan gigih dan bersabar untuk mencapai sesuatu kejayaan! Bukan mudah untuk senang dan bukan susah untuk susah!

Tetapi, ramai group ummi ini menjadi tau! Ramai yang dah mendapat GAJI 5 angka sekarang! Ada yang dah buka agensi sendiri dan bergelar jutawan!

Pahit getir hidup... dan
dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Di dalam kehidupan seorang agen insuran, terlalu banyak pahit getir yang pernah ummi lalui. Bermacam orang dan ragam pernah ummi jumpa dan kenal. Dimarah, di maki sudah menjadi ada resam seorang agen insuran! Tp, kami sebagai agen insuran telah terdidik supaya tabah dan berusahan untuk berjaya! Sebagai seorang insan biasa kita kena bergerak agar apa yang kita hajat akan tercapai! Siapapun kita... Kejaayan itu buka dapat dikecapi dengan mudah!
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Untuk menjadi seseorang yang terkenal di mata dunia, kita harus berfikiran selangkah kehadapan! Perkara yang paling penting dalam hidup kita ialah AZAM! Kita harus belangkah untuk berjaya! Kita harus mempunyai matlamat dan bersemangat untuk berjaya Kita perlu berusaha dengan penuh gigih dan bersemangat agar mencapai matlamat kita!
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba..
Ya...benar...ummi pernah GAGAL dulu. Gagal bersama angan-angan untuk menjadi agen yang dikenali ramai! Tp, gagal sekali bukan bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya! Sekarang ummi bangkit semula dan merangka untuk berjaya! Ummi masih mempunyai semangat yang kental, walaupun bukan di dalam bidang insuran, tp.... ummi akan cuba buat yang terbaik dalam apa jua bidang yang ummi lakukan! Walaupun bukan semua apa yang kita hajatkan boleh tercapai...Tp, jika kita mempunyai semangat dan berusaha pasti DIA membantu....AMIN...

Ok, kawan-kawan...itu sahaja untuk contest ini.

MAri ler joint contest Kisah dan Lagu

Tak rugi mencuba kan....


2 kali peluk cium untuk Husna:

Mamamanja on July 20, 2009 at 1:45 PM said...

datang terjah kimm...
x cukup 1 syarat la....
xde banner kat sidebar
sila masukkan bannernya yer...
tq

*lama dah x melawat blog ni coz tiap kali bukak kosong jerk. kuor sidebar jerk.. entry selalu kosong huhhu

Anonymous said...

wah..semangat ni.hehe..good luck

Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez