Wednesday, July 22, 2009

::. Susu .::

Salam...
Risau hati ummi... Ummi tak tau nak buat cam ner...
Anak ummi sekarang ini, tak mahu minum susu dalam botol.
Dah seminggu Husna tak mahu minum.
Haruskah ummi tukar susu Husna lagi?
Buat sementara ini, ummi beri Husna air kotak dutch lady, sama ada yang coklat atau yang strawbery. Ada kalanya ummi beri air kotak soya!
Ummi pernah bancur susu dalam cawan, pun dia tak mahu juga!
Minum seteguk...pastu lari...huhuhu....
Makan, pulak...Husna kuat makan sekarang nie!
Adoi...berat bila ummi dokong! hehehe
Ada tak sesiapa boleh beri idea supaya anak ummi tak kekurangan kalsium?
Cadangan yang akan ummi buat : Ummi nak beri keju kat Husna.
Apa lagi yer... Buntu ler...
Boleh tolong ummi tak....
Pertolongan anda amat ummi hargai....


6 kali peluk cium untuk Husna:

Afne on July 22, 2009 at 8:14 PM said...

mcm hana lps masuk taska mmg totally rejected formula milk.. cuma nk nenen je. lps cerai susu badan, afne tukar ke sustagen coklat sampai le skrg.

kalsium - susu, keju, dadih, susu segar, yogurt, tauhu, soya, kekacang, sayuran hijau.

keju tu leh mkn mcm tu je atau dgn roti atau kimm pelbagaikan letak dlm sosej roll/sardin roll. sardin pn ada kalsium tau. dadih better buat sendiri sbb leh control gula intake so tak terlalu manis.

Unknown on July 22, 2009 at 10:56 PM said...

hermmm husna takmo minum susu ya. balqis pula dah nak dekat 3 mggu takmo makan. sbb gigi tumbuh sekali byk kat dalam. tp kalau kes husna ni, sbb dia dah setahun lebih, memang boleh bg susu kotak tu kalau dia memang dah reject susu botol. leen tak tahu nak advice apa, tp maybe kata afne pun btul juga. leen rasa ini temporary. sementara ni bg la apa2 susu yg dia selesa nak minum.. hope husna akan kembali isap susu ya.. sian ummi dia risau nanti..

Liana Manjaku on July 23, 2009 at 9:42 AM said...

Afne,
Kimm pun terfikir nak tukar susu gak! Ingat nak try sustagen tu. Tu ler tengah mencari2 resepi untuk buat makanan Husna. Dadih...cam ne yer nak buat? hehehe...bagus juga nie..Coz, husna suka makan jenis2 cam lengkong ni. Tq yer Afne.

Liana Manjaku on July 23, 2009 at 9:45 AM said...

Leen,
Tu ler...rasanya tempolery jer..Malam tadi, bila sy bangun jer...tengok dia cam haus sangat! Try bagi minum dalam botol! Alhamdulillah...dapat ler 5auns dia minum! Rasanya dia seriau. Last week gigi geraham dia tumbuh. Pastu gusi dia bengkak. Sejak tu dia tak mahu hisap botol!

Afne on July 23, 2009 at 1:12 PM said...

klu nk start solid food.. better ngan puri dulu. puri nasi, sweet potato, carrot.. mcm2 la. afne dulu pernah try gerber sweet potato. mmg hana suka. pastu trs buat bubur+ikan bilis+carrot then tapis mmg halus cam gerber gak. cuba stay 1 jenis for few days tgk husna ada allergy ke tak.

hehe.. dadih afne guna yg instant je pastu agak2 la gula nk masuk semua ke tak. klu beli yg jual psr mlm tu kom pom manis gila.

afne decide amik sustagen sbb kalo tak silap mmg ada 2 brand je yg perisa coklat.. sustagen & dugro. advantage sustagen sbb complete ngan nutrisi makanan.

Liana Manjaku on July 23, 2009 at 3:44 PM said...

Tq yer Afne... berguna beno, ilmu tu...tq sekali lagi yer...

Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez