Thursday, January 7, 2010

::< Alu lah >::

Salam....

Masa usia Husna 1 tahun 9 bulan 2 minggu... Husna kena chicken pop! Yang peliknya Husna tak demam. Tp seminggu sebelum tu ada lah badan dia dedar sikit! Balik taska jer badan dia panas. Tp, aktif lagi...

Sudahnya sabtu malam ahad tu... Husna tak boleh tido. Dia tak selesa. Yang ummi risaukan hari Jumaat tu kami ke Bukit Freser dan dok kat taman yang tak ada orang duduk. Takut apa2 jer kan... Bila cek kat badan dia ada banyak bintik-bintik. Kebetulan mak ummi datang rumah. Mak kata chicken pop nie.. Mak suruh bagi air kelapa dan pastu gi klinik. So, pagi ahad tu, lepas hantar mak ummi kat Pudu... pergi lah Hospital Pakar Al-Islam (dulu KBMC) kat KAmpung BAru. Terlupa pulak hari ahad doktor pakar dia sampai kol 1 jer! So, dah malas nak ke klinik lagi jumpa ajer lah doktor biasa...

Terlupa pula apa nama doktor tu yer... hehehehe... Memang tak pernah jumpa doktor biasa. Biasanya memang jumpa doktor pakar jer. Bila doktor tengok history Husna kat sana... dan tengok bintik2 kat badan Husna... Serta Husna yang aktif doktor kata ni bukan chicken pop! Mungkin Enzima dia datang balik! Mungkin ada makanan yang dia tak boleh makan! Masa doktor tu cek-cek dada husna...belakang Husna... Tetiba HUsna cakap...

"Alu lah" (malu lah)

hahahaha.... Ummi nak gelak masa tu! Anakku itu pemalu rupanya! Doktor pun nak gelak bila dengar dia cakap camtu! Banyak yang ummi nak tanya masa tu benonya... Tp, tu lah... bila jumpa doktor biasa ni... susah sikit! Berat mulut lah dia orang nie. Kita bayar mahal2 pun tak puas hati! Pada hal kalo jumpa pakar tu, lebih RM 40.00 jer... Tapi memang puas hati! Kita tanya lah seberapa banyak dia layan kita!

Hari Isnin ummi hantar Husna cam biasa. Bila "mama" dia tengok Husna mama dia kata nie campak nie... Aduh! risau gak ummi! Tp, mama dia kata tak per... Tengok dah kering! Tp, memang pelik... Husna punya chicken pop menyongsang! Dia tumbuh dr kaki dulu... PAstu dia aktif dan tak ada demam lagi! Mama dia kata kalau budak yang aktif memang cam tu! So, sampai hari ni, tak ada tumbuh yang baru... Cuma kadang2 jer Husna garu2. Habis lah kulit anak ummi! Dah tak cantik, semakin banyak lah parut! huhuhu

2 kali peluk cium untuk Husna:

mama_umar_maryam on January 8, 2010 at 12:42 AM said...

bagusss,dah bertambah vocab husna :),cute je dah tau malu

Liana Manjaku on January 8, 2010 at 9:11 AM said...

Zety...
hehehe... terkejut pun ada bila dia cakap cam tu! Lain kali kena cari doktor perempuan lah :)

Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez