Wednesday, September 30, 2009

::. Ummi sayang Husna .::

8 kali peluk cium untuk Husna
Salam,

Semoga ceria-ceria selalu.... Hari ni dah 3 hari bekerja selepas bercuti panjang. Sepanjang 3 hari ni juga lah banyak peristiwa2 yang berlaku! Aduh hai..penuh dugaan ler lepas raya nie!


Sebelum tu, ummi nak kongsi pasal gambar di sebelah nie... Ini ler budak yang sangat suka BABY! Pantang dengar baby menangis. Bangun jer tido cari baby. KAlo baby tido, dia dok kat tepi buai. Buaikan baby sambil menyanyi. Tp, ummi tak faham ler apa yang dia nyanyikan! Biasa ler bahasa budak! Suka sangat cium baby! Pantang nampak baby! Aduh hai Husna... Kamu suka adik ker? hehehe... Sabar yer sayang... Tunggu kamu besar sikit.... InsyaAllah, nanti dapat adik tau!
Ummi juga nak cite beberapa kejadian yang tak ingin telah pun berlaku. Betapa cuainya ummi nie kan! Menyesal sekarang pun tak berguna... Jadikan ianya pengajaran buat ummi. Malam Isnin yang lalu (27/09/09)... Ummi dan ayah bergurau senda dengan Husna. Entah macam mana tah, tetiba jari ummi tercucuk mata Husna! Menangis giler Husna! PAstu mata dia merah. Setakat pagi tadi merah dia dah agak kurang tp, masih merah lagi ler. NAsib baik hanya terkena putih mata dia! huhuhu... Ummi memang menyesal tak sudah! Ummi minta maaf yer Husna... Ummi tak terniat pun! Ummi sayangkan Husna
Sejak balik bercuti pula, Husna semacam dah tau erti kena tinggal! Yerlah Husna pun dah nak masuk 1 tahun 7 bulan... Dah besar! Mesti dia dah faham kan! Setiap pagi, bila ummi hantar dia gi TAska... mesti dia tak nak! Menangis sekuat-kuatnya! PAstu dia pegang ummi dan peluk dengan kuat. Sepaya ummi tak beri dia pada "mama" dia! huhuhu... Meruntun kesedihan hati ummi nie! RAsa macam nak ambil jer Husna nak bawa balik rumah! PAstu main2 dengan dia! huhuhu... Rindu....
Sejak dua menjak nie juga... Husna semakin banyak bercakap! Macam2 dah keluar dari mulut dia... KAlo dah sampai... "apai dah...ye..ye..ye..ye..." , kalo kita tanya sedap tak? dia jawab... dap..dap.. sambil angguk kepala , Husna juga dah pandai mengadu! KAlo orang cubit dia ker... nanti dia cakap... ma..ma... pastu dia tunjuk apa orang tu buat! Pandai ajuk orang cakap atau orang buat! Paling kuat pengaruh dia iklan di TV. Dia suka tiru iklan, kit kat! NAk gelak ajer.... PAndai menjeling orang tau budak kecil nie!
Kalo pergi ke shopping complex pula, Husna tak boleh dok diam. KAlo dok dalam stroller pun mula2 jer.. Nanti dah lama2 dia berdiri kat stroller tu! Kalo lepas kan... adoi... pengsan ummi mengejar dia! Dia bukan nak ikut orang...dia nak jalan sdn jer... PAstu tolong abang2 dan kakak2 kat situ susun barang.... Geram betul ler... KAlo kita dokong dia meronta-ronta minta lepas! Kadang2 fikir...macam mana ler anak orang nie diam ajer.... Walo apapun ummi terima anugerah ini dengan ikhlas... Ummi sayang Husna...
"UmMi saYaNg sanGaT kAt HusNa"

Tuesday, September 29, 2009

:: Jusco Tebrau ::

3 kali peluk cium untuk Husna
Salam....
Ni, kisah masa beraya di Johor...
Almaklum... ummi tak dapat beraya ke rumah saudara mara.
Maklum ler... Balik Johor dah lambat. So, semua pak cik dan mak cik dah sibuk beraya di kampung mereka pulak!
So, kami beraya di shopping complex ler...hahaha
Ni, hari Jumaat raya ke-7.
Sementara menunggu ayah Husna gi solat Jumaat...
Isteri dan anakanda yang disayangi pergi ke Jusco Tebrau!
Tak ada apa yang di shopping pun.
Jus jalan2 dan makan2 sambil cuci2 mata.


Ini, ler rupa budak yang seminggu tak makan.
Sejak dari hari Sabtu sebelum raya tu...
Husna makan memang sikit!
Sangat2 sikit! Susu pun kurang.
Bila balik Johor jer...kuat pulak dia makan.
Tp, tu ler... dia memang berdikari sungguh!
MAkan pun nak suap sdn! Adoi... ummi turutkan ajer lah!
Ini pulak, aksi budak lapar menanti hidangan dia sampai!




Sejak dah beso ni... Husna pantang nampak benda2 nie semua...
Asal nampak jer... mesti dia sebut... "manya" @ taman
PAstu dia sebut "nak..nak..nak..."
Selagi tak bagi, selagi tu ler dia sebut! huhuhu...
Habis gak ummi dia RM 11.00.... huhuhu.....




Monday, September 28, 2009

::. Raya Dah .::

11 kali peluk cium untuk Husna
Salam...
Hari ni first day ummi bekerja....Panjang ummi bercuti!
Pagi tadi ummi sempat jalan2 masuk blog kawan2!
Wa...masing2 cerita pasal raya! Bestnya...
Ada yang gembira, ada yang duka... macam2 ler...
Ummi?
Raya tahun ni cukup sederhana dan tak ada perasaan nak raya!
Banyak benda dan masalah yang kami kena settlekan...
Apa yang terjadi ni, sebagai pengajaran pada kami sekeluarga!
KAmi pulang ke Ipoh pagi Sabtu...
Cadangnya lepas sahur nak gerak terus!
Tp, bila tengok keadaan rumah dan kami anak beranak pengsan awal masa malam sabtu tu... So, kami gerak dalam kol 10++ gitu!
JAlan agak jem dekat dekat 20km juga kami gerak cam kura-kura!
Ingatnya... memang giler jem! Rupanya orang berhenti kat tepi jalan di R&R Ladang Bikam untuk ke toilet! Sebabnya parking kat Ladang Bikam tu...dah full!
Malam raya...air mata ummi tumpah gak! Ini kali ke-2 ummi beraya di rumah mertua! Malam tu...ummi call mak di Johor!
Aduh! Sedihnya... Rasa hiba yang sesangat!
Husna? Dia masih tidak mengerti erti RAya!
Dia tetap heppy seperti kanak2 yang sebaya dengan dia.
Gambar kenangan raya pun tak banyak...
Ada beberapa gambar yang ummi dah pilih untuk kawan2.



Husna dengan Tok wan dan Tok. Ini dia budak malu2 kucing dan jinak2 merpati.

Husna dengan baju kurungnya! TAhun ni, Husna ada 3 helai baju kurung!

Ummi dengan Husna yang lepas mengamuk nak susu! HAus barang kali...


Budak mengamuk tak nak ikat rambut! Akhirnya sepanjang raya... rambut Husna jarang di ikat! Bila pegang jer...mesti sebut..nanak..nanak... huhuhu



Merpati 2 sejoli! Ummi dengan ayah Husna!
Percaya tak kalo ummi cakap...tahun nie kami kurang beraya?
Tak kira ler di Ipoh atau di Johor!
Kami hanya datang ke open house dan buat open house masa raya pertama!
Masa di Johor pula, kami tak berjalan2 coz...saudara mara kebanyakkannya sudah balik bekerja atau dah balik ke rumah mertua masing2.
Ummi balik ke Johor pada raya ke-4. Bertolak dr Ipoh kol 10.30 pg, sampai Johor 6.30 ptg! ! perjalanan yang jauh dan memenatkan!
Rumah pertama kami beraya rumah akak ummi di Skudai.
Semalam Raya ke 8 ummi kembali ke KL...
Alhamdulillah...perjalanan kami lancar dan tak tersekat di dalam kesesakkan jalan raya!






Sunday, September 20, 2009

::. SeLAmaT HaRi RaYA .::

6 kali peluk cium untuk Husna

Salam....
Diam tak diam kita telah berada di penghujung bulan Ramadhan
Entah kita akan berjumpa lagi bulan yang penuh berkat atau pun tidak tak siapa yang tahu...
Hehehehe... Ter "emo" pula ummi pagi nie...
Ummi sekeluarga ingin mengucapkan :
Selamat HAri Raya Aidil Fitri...
Buat semua kawan2 dan juga pelanggan Manjakusayang.
Ummi menyusun 10 jari memohon kemaafan jika ada
yang terkasar bahasa, ter kata... termakan, terminum...
dan macam2 ler yang telah membuatkan kalian tersinggung...
dan terasa hati....
Ummi mohon maaf...
Pada yang nak balik berhari raya tu....
Ummi pesan... Berhati2 di jalan raya...
Ingat orang tersayang...
Berhenti rehat jika penat...
InsyaAllah, pemanduan yang berhemah akan tiba ke destinasi dengan selamat...
:: SeLAmaT HaRi RaYA MaaF zaHiR & BatiN ::



Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez