Salam,
Hari nie ummi nak membebel... Tp, bebelan ummi kali nie, insyaAllah beri makna dan pengetahuan pada ibu2 yg ada anak umur 1 - 3 tahun... Harap2 dapat ler membantu yer...
Sebenarnya, anak2 yg berusia 1 - 3 tahun nie:
- Mereka mempunyai aktiviti yg luar biasa. Mereka suka meneroka apa2 sahaja yg menarik perhatian mereka.
- mereka baru belajar mengenal diri mereka dan mempelajari kemahiran kendiri mereka sendiri!
- mereka akan sentiasa ingin mengetahui, mencuba dan merasa apa sahaja yang mereka nampak.
- Jika mereka sudah boleh bercakap, tentu pelbagai soalan yang akan diutarakan kepada ibubapa dan orang sekeliling mereka!
- Mereka sudah pandai buat perangai, seperti memilih bila pakai baju, meragam bila nak tido, perasaan irihati, lapar, letih dan sakit.
- Boleh meniru aktiviti atau gelagat orang dewasa.
Apa yang perlu kita buat bila anak kita tergolong dalam usia ini?
- Memberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya pada anak kita. Jangan jadi seperti anakku sazali uder ler yer kawan... hehehe
- Mengawasi aktiviti anak kita. Kerana waktu umur sebegini, anak kita seperti span yn menyerap apa sahaja maklumat yang mereka perolehi.
- Merangsang perkembangan intelek anak2 dengan kerapkan membaca bersama-sama.
- Perlu membentuk rutin harian bersama anak-anak terutama buat ibu bapa yang bekerja. Ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak.
Tips untuk ibu bapa melayani anak setahun hingga tiga tahun:
- Ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah yang baik. (Ini tidak bermaksud kena sediakan banglow 5 tingkat) Tp, keadaan yang selesa untuk sekeluarga bagi perkembangan anak2.
- Elakkan perlakuan yang kasar. Ini akan ditiru oleh anak2. Ini termasuklah bahasa dan perbuatan
- Ibu bapa perlu mengelakkan bergaduh depan anak2. Kerana anak2 seusia ini merakam apa sahaja yang dia lihat
- Ibu bapa perlu akui anak adalah unik dan memang wujud perbezaan antara jantina
- Jangan PILIH KASIH
Peringatan kepada ibu bapa di luar sana :
Masa yang berlalu tidak akan berpatah balik! Mungkin kita akan terlepas sesuatu yang amat berharga jika kita mencari ruang dan masa untuk anak2.
rujukkan : Berita Harian & RAtu HAti
4 kali peluk cium untuk Husna:
liana,
memang begitulah yang sepatutnya. kakchik memang belajar semua tu dalam pendidikan awal kanak-kanak. ibu bapa elok sungguh belajar atau ambil tahu tentang perkara ni kerana di usia inilah otak anak-anak sedang pesat berkembang.
thanks for sharing
KakChik,
tu ler...Kadang2 kita alfa sikit benda2 macam nie. Kita ikut hati jer...
MM,
Sama2 kasih...
Kita sebagai parents perlu menjadi contoh yg baik..
Post a Comment