Sunday, October 10, 2010

Kembali....

1 kali peluk cium untuk Husna
Salam....

Terlalu lama ummi menghilangkan diri dari dunia blogging! Diri ummi meronta2 untuk berblogging! Tapi, masa ummi terlalu terhimpit! Terlalu ketat! Tambahan pula kat office sekarang nie... penggunaan internet terlalu limited! Blogspot & FB pun tak boleh masuk! huhuhuhu

Banyak benda yang ummi nak tulis sebenarnya... Tp, untuk permulaan ini...biarlah sekadar intro sahaja! Tanda ummi masih lagi wujud dalam dunia blog! hehehehe....


 Inilah Wan Nur Husna setelah berusia 2 tahun 6 bulan 3 minggu! Ya ampun!!! Ini budak terlalulah aktif dan lincah!

Mulut dia, janganlah cakap! pot pek..pot..pek... jer.... Dari buka mata sampai lah tidur! Tidur pun mengigau jer... huhuhu! Macam2 dia nak cakap! Macam2 dia nak tanya! Paling suka bergaduh dengan ayah dia! Kuat mengadu budak kecil nie! Kadang2 dia yang lebih2! Dia yang cubit ayah dia... nanti dia cakap ayah yang cubit dia! Terlalulah manja budak kecil nie! 

Kegemaran dia? Semakin dia besar nie... peminat fanatik pada "Snow White", "Toy's Story", "Upin & Ipin" , Barney dan "Dora"! Paling Husna nie minat watak "Snow White"! Dia ada 5 helai baju tidur Snow White dan kawan2! Dia panggil "Snow White" nie... "KAKAK"! Tiap2 malam nak pakai baju nie! So ummi dia kena pastikan baju "kakak" ini sentiasa dibasuh dan kering! Coz, kalau tak, pasti lah terdengar suara dia menangis minta baju "KAKAK"! Bukan setakat baju sahaj yang HUsna ada! Beg, kasut, buku, sticker dan alat tulis "KAKAK" pun ada! Huhuhu.... Pantang nampak barang2 yang ada gambar "KAKAK"!

Berat badan Husna ni tak naik2 dari dulu lagi! Still cam tu juga! Sejak usia dia 1 tahun 5 bulan sampai sekarang masih lagi 13kg! Kadang2 turun 100g, kadang2 naik 200g! Tp, memang tak  lebih dari 13kg!

Bab makan pulak kat rumah dia kurang sangat makan nasi! Kadang2 dia makan banyak! Husna paling suka makan ayam goreng! Ini gara2 tiru watak Upin & Ipin nie lah! Kalau seketul ayam tu, dia boleh habis tau! Tp, nak habiskan sepinggan nasi tu...huhuhu! Kalau bagi mee goreng.... memang dia suka!

Kalau bab2 menyanyi...baca doa...ABC... 123... Alhamdulillah... Husna dah tahu dan boleh baca dengan baik! Kadang2 dalam kereta dia Husna boleh jadi radia bergerak! Nampak bintang dia nyanyi lagu "Twinkel2"! Ayah dia selalu melayan dia! 

Alhamdulillah.... Ummi bersyukur memiliki anak seperti Husna.... Ammi berdua yang terbaik untuk Husna. 
 
 
Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez