Monday, January 26, 2009

:: Sekali Lagi Cuti2 Malaysia ::

0 kali peluk cium untuk Husna
Salam,
Seperti yang ummiHusna janjikan... tara....
Kami selamat mendaki pucak Genting Highland. Hehehe... Bukan daki pun... Kami naik skyway...
Awal pagi kami naik kereta ke Genting.
Sampai sana, memang dah menjadi rezeki kami. Coz, barisan dah ler panjang, tp disebabkan dia orang buka kaunter lain, so dapat ler cepat dan potong Q... Tp, potong Q dengan arahan yer...
Kami tak pun main outdoor game... Mana tahan...Ada kang beku kami semua...
InsyaAllah, lain kali kalau pergi lagi boleh lah kami main outdoor game...
Aktiviti kami cuma indoor game dan jalan2 kat dalam tu jer...
Kami pun tak pergi lama pun...
Ini suasana semasa di atas sana... Cuaca memang sejuk giler...
Berkabus jer... Sampai cam hujan renyai... Siap boleh rasa kabus tu....
Bila keluar jer...cam dalam petia beku jer...
Husna yang keletihan mengamuk. Coz, dia nak tido...Akhirnya tertido juga...

Bila dalam skyway nak turun balik Husna dah pun terjaga dari tidonya yang lena....


Pandangan dari dalam Skyway. Cantikan?



Husna dan ayah. Entah apa ler yang dia gelakan tu...



Husna dan ummi....

Lagi...Gambar Husna dan ummi.....

Suasana semasa kami di dalam skyway..... Riuh rendah dan hepening jer...Pada mulanya Tok abah takut gak naik skyway nie... Tp, masa nak turun ni...Tok abah biasa jer....

Ini kenangan kami bertiga di dalam skyway....

Biarlah hubungan ini kekal abadi sehingga ke akhir hayat...
Ummi sayang ayah dan Husna...
Ok, sampai di sini sahaja.... Banyak cerita semasa di Genting ini...Tp, biarlah ia menjadi memori kami sekeluarga...
Kesimpulannya....Seronok sangat kat Genting ni tau.... Jom ler kita Cuti2 Malaysia....

Saturday, January 24, 2009

:: Tok Abah dan Tok Mak Datang KL ::

0 kali peluk cium untuk Husna
Salam semua...
HAri ini hari yang paling bertuah ler bagi ummiHusna dan sekeluarga...
Apa taknya... Tok abah ni, memang kalau boleh mengelak sesangat dari datang KL.
Tak tau ler mengapa! Macam-macam alasan yang Tok abah beri kalau ajak ke KL.
Ayam banyak ler...Stok buah-buah nak meniaga banyak ler... macam-macam ler...
Tp, kali ni nak pulak bila Tok mak cakap nak gi KL.
Sebenarnya hari ni ada kenduri kat Seremban.
Dah terlanjur gi kenduri rumah sepupu Tok mak, terus gi KL rumah Husna...
Tok abah dan Tok Mak sampai seremban dalam kol 12.30 tgh. Ummi pulak lambat sampai!
Nak dekat 1.30 baru sampai. Kebetulan pulak, jalan jem... Ingatkan ada kemalangan ke apa. Ramai pemandu memperlahankan kereta melihat kereta yang rosak!
Itu ler pemyebab jem yang teruk. Pengajarannya, jangan slow kan kereka untuk meninjau apa yang berlaku!
Kami balik semula ke KL pukul 3++
Malam kami mula lah Jalan-Jalan Cari Makan.
Lokasi pilihan Gian Mutiara Damansara. UmmiHusna suka makan kat kedai nie...
Sedap ler.. Ala-ala Chicken Rice Shop. Cuma dia tak ler banyak menu sangat!
Ini Tok Abanh dengan Husna. Ops! Lupa nak bagi tau. Tok abah ni, abah ummi. Jadi Tok abah ni merangkap atuk Husna. Mengapa Tok Abah? Sebenarnya, semua sepupu Husna yang dua orang tu (Kak Azie dan abg Hakim) panggil Tok abah ni 'Abah'. Dah puas dari kecil suruh panggil tok... Tak de nya dia orang mau... So, bila turn Husna pulak, abah mula bahasakan diri Tok abah... Cam gitu juga dengan Tok Mak...

Ini pulak, Kak Ucu, Kak andak dan Abang merangkap bapak dan mak saudara Husna... Sori ler...Gambar kurang memuaskan. Coz, tukang ambil gambonya terlalu profesional... hehehe....

Ini gambo Husna. Apa ler yang di gelakkan tu ummi pun tak tau... Sampai terkeluar air liur dia! Husna yang masih belum tumbuh gigi. Pada hal umur dah pun 10 bln +++


Sebenarnya pada 23/01/09 adalah birthday Tok abah yang ke-54 tahun.... Buat pengetahuan semua, Tok abah, Abang, ummi dan kak andak, birthday dekat-dekat... Senang nak ingat...
So, malam tu, kami buat suppries kat Tok abah. Kami sambut birthday Tok abah dengan sederhana sekali...
Jadi ler... InsyaAllah ada rezeki kita buat lagi tahun depan...

Semoga Tok abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bertambah keimanannya... Tahun ni, Tok mak beri Tok abah cincin suasa.... Itupun atas permintaan Tok Abah. Selalunya Tok abah tak nak apa-apa. Dan Tok mak akan beri Tok abah duit. Tp, tahun ni berbeza sikit...
Ok, cukup sampai sini... Coz, esok nak cuti2 Malaysia dengan Tok Abah sekeluarga.... Tunggu yer....

Friday, January 23, 2009

:: Sebelum Dia Lahir Ke Dunia ::

4 kali peluk cium untuk Husna
Salam...
Tentu semua tertanya2...Ngapa entry ummi Husna lain pulak kali ni yer...
Hehehehe... Sebenarnya ummi jalan2 ke blog kak Sue http://savemezero.blogspot.com/ pastu terjumpa blog ini.... http://memorizulaikha.blogspot.com aku pun mula membaca... Menangis keseorangan di office nie... Dah ler orang semua dah balik coz nak raya. Termasuk ler bos aku! Bila sampai ke entry yang ni...cukup suka aku membacanya... Dulu sebelum Husna lahir ummi pernah baca sekali... PAstu tak ingat pulak kat mana tak yang ummie baca dulu. Tu bila jumpa jer... terus nak copy... Pada tuan rumah ummi minta maaf jika saya dah ciplak sesuatu dari blog mu itu... Ummi simpati atas apa yang terjadi... Biarlah DIA membuka segala kebenaran yang ditutup rapi oleh pengasuh yang tak berhati perut itu....
Al-Fatihah buat Arwah Zulaikha...Moga rohmu di cucuri Rahmat dan nantikan ibumu di sana...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan :

" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab:

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi:

"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah walau satu ayat"

Thursday, January 22, 2009

:: Husna Kena Kurung ::

2 kali peluk cium untuk Husna
Salam,
Bila korang baca entry ummi Husna kali ni, agaknya apa korang fikir yek!
Mesti korang fikir ummie Husna dera anak dia kan.... hehehehe...
Sebenarnya ummie dan ayah Husna tak de ler kejam benor...
Masa sale tempohari...Masa shopping2 kat Anakku, ternampak benda ni...
Ummi Husna panggil "kandang baby" hehehe...
Harga asal RM 247.00. Potongan entah berapa tah...tinggal RM 99.00.
Terbuntang mata tengoknya...
Sebenarnya, rumah Husna ni, idok ler beso... Kecil jer... Walaupun 3 bilik, tp ruang tamunya
dan dapur bercatum...Apa yek org kata! Ruma ala-ala studio... hehehe....
So, suker ler budak cinonet ni! Sejak pandai merangkak dan meniti ni...
Habis 1 rumah dia keliling...
Paling dia suka kemas bakul sampah ummie dia...
Susu2 dia kat rak, makanan2 yang kat rak...Semuanya dia bawa lari...hehehe...
Paling geram tu, pantang jumpa apa2 yg kecil...
Pasti dia nak masuk dalam mulut...
Tujuan ummi dan ayah beli pun, utk keselamatan Husna...
Kalau jatuh tak sakit...
Lagi satu senang sikit ummi nak buat kerja...
Sambil2 main dengan Husna boleh ummie masak....
Bila Husna dalam tu, dia akan main2 dengan selamat...
Lega sikit rasanya...
Walau bagaimanapun, kita sebagai org tua kena pantau juga...
kegiatan dia...
Husna I love...

Sunday, January 18, 2009

:: TAK SIHAT ::

3 kali peluk cium untuk Husna
Salam,
Dah dua minggu Husna tak sihat... Bukan apa, cuma asyid membuang aje...
Sampaikan dalam 1 hari sampai 6-7 kali lerr...
Bawa gi klinik, dokor kata tak de apa2.
Cuma banyak angin dalam perut dia! Bukanya cirit ler... Lega sket hati!
Tp, bila dah berlarutan sampai 2 minggu ni, hati siapa tak gusar!
Siang malam pikir hal ni.

Last sekali Sabtu 17/07/09, bawa Husna gi KBMC (Kampung Baru Medical Central) atau nama lain dia Al-Islam Specialis Hospital.
Bila cite2 masalah ni semua... Doktor risau gak! Dia kata mungkin alergik makanan.
So, kena lah pantau apa dia makan kat Taska. Ummi memang syak makanan dia kat Taska.
Coz, Husna kat rumah mana ada makan! Paling banyak pun dia makan roti.
Nasi? Hu!! penat ummi dia masak. Tak denya dia nak makan. Kalau dia makan pun tak sampai 10 sudu dah tak nak! Itupun nasib ler....

Ummie harap Husna cepat sembuh ye....

Saturday, January 10, 2009

:: Oh Mc Donal Has ::

0 kali peluk cium untuk Husna
Salam,
Husna semakin beso sekarang....
Dah pandai beri tumpuan pada sesuatu.
Terutama pergerakkan.
Kalau tengok tv, jgn cakap minat sungguh!
Meh kita tengok aktiviti waktu pagi sebelum gi sekolah...
Kat rumah ummi & ayah ajo nyanyi dulu yer...
hehehe....
Anak murid yg bagus... Memberi perhatian yang sesungguhnya...
Bagus... anak ummie... :)

Cam nak nyanyi gak!
Tangan tu mesti nak pusing2...


His khusuknya...
Kaloorg panggil, wat tak tau jer dia....

Ini lagu kesukaan Husna...
"Oh, Mcdonal Has a fam"
Paling suka bab itik...
hehehe....

Monday, January 5, 2009

:: Juala Jimat Malaysia ::

0 kali peluk cium untuk Husna
Salam....
Ini kisah pertama Husna selepas tahun baru....
Hari ni cadang nak gi jalan2.
So, nak cepat siap...MAsukkan le husna dalam boya tu.... Tak tau ler korang tau tak apa itu boya!
Tp, org Johor tahu boya. hahahaha....
Ummi dan ayah memang cukup berkenan dengan benda ni!
Pernah ternampak kat Tesco. Harga dia... huhuhu... 100.00++
Sekali tengok kat C4, RM 49.90...Apa lagi...terus ambil 1....
Beso dan puas hati.
Jenuh ler, ayah Husna mengepam boya ni!
Tengok ler... dengan rambut dia yang panjang tu!
His...anak ummie....
BAngun tido comot bebenor!
Sib baik dah mandi... Kalo tak, masyam...
hehehehe....
Senyuman je..... BAiknya anak ummie...

Petang tu, kami gi Ikea.... Sesaja jalan2 tengok perabot.
Maklum ler...nak beli rumah belum siap!
So, tengok2 je ler...
Sebelum tu gi The curve.
Gi butik anakku... Hari ni last day Jualan Jimat MAlaysia.
Utk sale kali ni, ummie dan ayah kurang shopping barang Husna!
So, kali ni gi Anakku nak beli buggy Husna.
Coz, susah kalau bawa stroler tu
Berat dan beso! 1 bonet kereta muat stroler dia je!
Pilih punya pilih, berminat yg ini...
HArga murah je....
Tp, tetap bersyukur...Ini rezeki Husna...
Ayah yang baik hati belikan... :)


Husna dengan kereta baru...
Dapat je kereta baru, kereta lama terus simpan...


Cuma tengok anak daraku ini....
Comel sangat kalau dia ketawa cam ni....
Entah apa ler yang dia gelakkan tu!
Aksi gadis melayu terakhir....
Ala...sopannya anak ummie...
Love u so much....

Petang tu kami balik agak lewat. Nak dekat kol 6 juga ler....
Adoi... Letihnya kaki...
Cam nak patah!
Mana taknya... Dr The Curve ke Ikea dan terus ke Tesco....
Cam Marathon....
Balik semua lepak dan tertido kepenatan!

Sunday, January 4, 2009

:: Tun Dr. Mahathir ::

0 kali peluk cium untuk Husna
Salam.....
Entry ini sebenarnya entry ke-2 utk 4hb.
Ummie memang sengaja tak mahu campur dengan entry sebelum ni.
Ini pengalaman pertama Husna jumpa dengan Tun ni...
Bertuahnya anak ummie....
Ummie yang dah nak masuk 30 tahun ni, baru pertama kali jumpa dengan dia ni!
Mungkin Husna tak tau siapa dia ni....
Dia ni, seorang yang pernah berbakti pada negara kita...
Ini ler Perdana Menteri kita yang ke-4.
Ummie suka dengan otak dia!
Waktu kegawatan ekonomi dunia 1998....
Dia pertahankan Malaysia dari membuat pinjaman Bank Dunia!
Kerana kebijaksanaan beliau dan dengan bantuan DIA akhirnya negara kita kembali seperti sedia kala....
Alhamdulillah.... Tq Tun....

Thursday, January 1, 2009

:: Penutup 2008 - Welcome 2009 ::

0 kali peluk cium untuk Husna
Salam....

Malam tahun baru 2009, kami sekeluarga merajinkan diri pergi ke C4 di Tropikana yang baru dibuka! Balik je kerja, kemas2 terus pergi! Bukan nak cari apa, jalan2 je... Boring dok umah malam2 cam ni...hehehe.....

Ini ler 2 orang insan yang paling ummihusna sayang... Dua orang yang bawa banyak pengertian dalam hidup seorang ummie... Seronok dengan kelahiran permata hati kami... Memang tak dapat bayangkan ler... So, sesiapa yang lom kawin tu, cepat-cepat lah ye... hehehehe....

Malam ni, kami tak shopping apa pun. Ada ler beli sikit2. Lagipun masih banyak kedai yang belum di buka lagi! Tp, yang paling geram tu, ada 1 kedai kecil2 kat depan C4 tu ada jual tight! Dulu sebelum ummiehusna jual tight susahnya nak cari tight utk Husna. Dapat pun yang tak cantik! Agaknya ni lah penangan citer Ku milikmu...Ala yang kat TV3 tu! Lagi satu yang bestnya kami dapat tongkeng ayam free... Sebenarnya cam ni citenya! Ayah Husna suker makan tongkeng ayam. So...beli ler...Bila nak bayar tak leh scane.... So, dia gi ler ambil yg baru... Sampai kat kaunter, scane lagi...Tak boleh juga! Ummiehusna dah angin dah. Nak je cakap kat hubby tak yah ler beli... Dah tak larat ni! Di datang lagi... Dan kali ni tak boleh gak. Oleh sebab dah 2 kali ganti, dia kasi kami free je... hehehe.... Dia kata hadiah tok baby! Ada ke patut! Dah tentu le Husna tak de gigi! Cam ne nak makan tongkeng ayam!
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez