Wednesday, December 30, 2009

::. Penutup 2009 .::

3 kali peluk cium untuk Husna
Salam....

Nampaknya hanya tinggal 1 hari jer lagi kita akan meninggalkan tahun 2009. Terus terang ummi katakan ummi bergitu berdebar-debar menantikan kemunculan tahun baru. Ummi tak tau kena ummi berperasaan bergitu! Setiap detik dan waktu ummi rasanya terlalu pantas... Ummi nak mengimbau kejadian-kejadian untuk tahun 2009.

Husna

Husna mula berjalan ketika usia dia 10 bulan 2 minggu. Iaitu pada 4/01/2009. Ummi gembira bila melihat anak kesayangan memulakan langkahnya yang pertama! Husna memang seorang budak yang berani. Tiap kali dia jatuh dia tak akan give up! Dia terus melangkah dan melangkah. Sebenarnya di awal usia dia 10 bulan dia dah mula melangkah. Tp, hanya setapak demi setapak dan perlu alat bantuan!

Perkataan pertama yang Husna sebut adalah "mama". Huhuhu... iyerlah... seharian dengan "mama" dia di taska... so tak boleh cakap apa lah! Lepas tu dia mula panggil ayah dia.... huhuhu...lagi ler ummi sedih! Ummi yang jaga Husna malam2. Tiap2 malam ummi yang bangun buat susu.... Tp, ayah juga Husna panggil dulu!

Birthday Husna yang pertama pada 18/03/2009 ummi sambut dengan ala kadar sahaja. Niat dihati nak buat besar2, tp banyak masalah yang perlu ummi settlekan.... So, akhirnya ummi just buat makan2 sekeluarga dan bagi sikit makanan kat Taska dia. Tp, kat Taska "mama' dia dah sambut dulu. Mama dia sambut masa 1/3/09 kalo tak silap :)

Husna mula menyebut perkataan ummi ketika usia dia mencapai 1 tahun 3 bulan. Itupun cuma mi..mi... jer... Dah sekarang Husna memanggil ummi dengan perkataan "kakak"! huhuhu.... Tp, biasanya dia panggil emmmi... boleh lah... Ada gak bunyinya kan...

Bila Husna berusia 1 tahun 7 bulan... Lebih banyak perkataan yang Husna tahu. Husna dah tahu menyanyi, menari, berlari dan juga memanjat! Jatuh? huhuhu... Banyak kali Husna jatuh! Husna memang seorang anak yang aktif dan lasak. Husna juga sangat-sangat suka berdikari! Semua dia nak buat sendiri termasukkan makan dan minum. Sehinggakan nak buka dan tutup cerita kegemaran dia (Barney, Upin&ipin, In the night Garden) pun nak buat sendiri! Mandi apa lagi... Tp, dia sangat suka kalo ayah dia mandi dengan dia sekali!

Sekarang ni anak ummi dah petah bercakap. Cakap bahasa German! Ada yang ummi dan ayah faham...ada yang tak... Kalo tak tu ummi just cakap..."o...iyer ker..." @ "O...cam tu yer... bagus...bagus..." hehehehe

Sebenarnya tahun 2009 ini banyak cabaran dan dugaan yang ummi sekeluarga lalui.... Hanya DIA sahaja tahu macam mana keadaan ummi dalam masa 1 tahun nie! Apapun DIA hanya nak menguji hambaNYA. Ummi redha ada ujian ini.

Ummi berharap tahun 2010 akan lebih baik dari sebelum ini!

Barang azam + idaman ummi untuk tahun 2010 :
  • Nak jadi super ummi
  • Nak berjimat dan simpan duit
  • Nak bercuti2...
  • Rumah baru
  • Netbook
  • Mesin jahit
  • kerja baru
  • Kamera
Pada kawan2 ummi selamat tahun baru.



Tuesday, December 22, 2009

:. Nak Glamor Kejap .::

9 kali peluk cium untuk Husna
Salam semua dan semoga sihat-sihat sahaja.... Bagi peluang ummi glamour kejap yer...


Rasanya temubual ini 2 minggu lepas kot... Lupa jap... Tp, dalam bulan nie lah... Ummi ditemubual utk 1 artikel pasal bisnes online nie... hehehe... ummi apa lagi, bagaikan orang ngantuk disorongkan bantal ler...


Ops! Bukan ummi sorang jer... Ada 3 orang semuanya... Mereka pun ada kedai online juga...


Cuma ada sedikit kesilapan pada alamat laman sesawang ummi tu! sepatutnya : http://manjakusayangcollection.blogspot.com/.... Tp, tak apa ler.... Janji Glamour kejap... hahahaha....

Sebenarnya dah setahun lebih ummi menceburi bisness online nie... Masa ummi mula dulu tak ler banyak sangat bisnes online... Terutama baju kanak2. Sempat ler melalui zaman2 kegemilangan...hehehehe.... Tp, sekarang, siapa yang jual murah dan barang2 dia cantik pasti akan ada pengunjung! So, ummi kena bersaing dalam hal ini! Tak per persaingan sihat kan...

Keuntungan ummi boleh ler tahan.... Tp, bukan untuk ummi tau! Ini khas buat anak kesayangan ummi! Memang merancang kalo ada anak ummi nak buat sesuatu utk dia! So, bermulalah manjakusayang
.

Pada semua pelanggan manjakusayang ummi ucapkan terima kasih atas sokongan kalian.... MAcam dalam anugerah skrin pula dah :)

Untuk Link : HarianMetro

Monday, December 21, 2009

Rangsangkan Otak Bayi

0 kali peluk cium untuk Husna
Bacaan yang sangat memberi panduan tentang baby kita ...
****************************************************

BERGELAR ibu bapa, saat menyaksikan perkembangan si permata hati sejak lahir adalah suatu pengalaman yang paling indah. Jika boleh, sedetik pun kita tidak mahu terlepas peluang yang cukup berharga ini.

Peringkat awal kehidupan si kecil sememangnya penuh dengan cabaran dan penerokaan. Sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu membimbing mereka. Memberi dorongan dan galakan agar tahun-tahun awal kehidupan ini diisi dengan pengalaman serta pengetahuan yang berguna.

Menurut pensyarah dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mastura Badzis, bayi di dalam bahasa Arab disebut at-tiflu yang bermaksud lembut, mudah rosak, sensitif dan mudah terdedah kepada kerosakan.

"Jika tidak betul penjagaan, ia mudah terdedah kepada bahaya. Bayi dan kanak-kanak memerlukan penjagaan dan asuhan yang teliti," katanya.

Merujuk kepada Ibnu Sina, umur dari lahir hingga dua tahun dipanggil usia buaian. Dari tiga hingga lima tahun adalah usia taman asuhan. Dari enam hingga 12 tahun adalah peringkat pendidikan pertama manakala dari 13 hingga 21 tahun peringkat remaja.

Kata Dr. Mastura, untuk menjana perkembangan holistik bayi dan kanak-kanak, ia perlu merangkumi perkembangan rohani, sosio budaya, bahasa dan komunikasi, tingkahlaku simbolik (bermain, bahasa isyarat, mimik muka, kreativiti dan imaginasi), biologi (bentuk tubuh secara fizikal dan kemahiran pergerakan), intelek atau kognitif (pemikiran dan idea), perkembangan sosial (aspek 'saya' dan 'awak', imej diri, jantina, hubungan dengan orang lain) dan emosi (perasaan).

Jelasnya, ibu bapa perlu memahami perbezaan antara perkembangan dengan pembelajaran bagi memudahkan mereka membantu anak meneroka persekitaran.

"Perkembangan adalah perubahan secara umum bagaimana anak berfungsi dan ia berlaku secara normal," katanya.

Manakala pembelajaran adalah sesuatu yang provokasi, kata Dr. Mastura. Ia perlu mendapat rangsangan otak dan ada masalah yang perlu diselesaikan.

"Contohnya, bayi yang memegang bola dan memasukkan ke dalam mulut. Dia ingin mengetahui bagaimana bentuk bola itu dan sebagai ibu bapa, beritahu kepada anak bahawa ini bola," katanya.

Menurut beliau, bayi lebih gemar memasukkan objek ke dalam mulut kerana lidah mereka lebih berfungsi daripada tangan untuk merasa sesuatu objek.

Katanya, bayi yang tidak dirangsang juga akan melalui proses perkembangan seperti biasa tapi tidak sama dengan bayi yang didedahkan dengan proses pembelajaran.

"Rangsangan otak pesat berkembang dalam enam tahun pertama kanak-kanak iaitu hampir 85 peratus. Jika kanak-kanak tidak diberi peluang untuk belajar apa yang ada di sekeliling mereka ketika itu, memang rugi," katanya.

Apa yang berlaku dalam otak kanak-kanak.

Dalam otak kanak-kanak terdapat sel otak (neuron). Ia perlu dirangsang. Jika tidak, neuron akan mati. Jika terdapat rangsangan, sel neuron akan berkembang dan menghasilkan lebih banyak lagi sinap.

Prosedur menjana potensi

* Gunakan segala peluang yang ada supaya bayi boleh membuat penemuan tentang dunia melalui kelima-lima deria yang ada.

* Berbual dan berkomunikasi dengan bayi

* Galakkan bayi memegang, menggenggam objek pelbagai saiz, bentuk dan tekstur. Refleksi genggaman bayi akan hilang selepas berusia dua bulan.

Tiga bulan hingga lima tahun

* Rangsang dengan menggunakan permainan.

* Ketika berumur antara tiga hingga lima bulan, gunakan cermin (baik untuk bayi mengenali imej sendiri kerana ketika ini mereka tidak tahu bahawa imej di cermin adalah diri mereka), 'crip gym' yang boleh ditarik, ditolak dan ditendang.

* Ketika berusia lima hingga lapan bulan, bayi suka membaling dan menjatuhkan objek ke bawah (tanda perkembangan yang sihat). Bila dia mula merangkak, bayi suka persekitaran yang lapang dan mempunyai permainan. Ketika ini mereka mula berkomunikasi.

* Ketika berusia lapan hingga 14 bulan, beri bayi peluang merasai pengalaman melalui eksperimen ketika bermain seperti lompat, menangkap, meramas, memusing, tendang, baling, lari, bergolek dan sebagainya.

"Bayi yang merangkak dahulu sebelum berjalan lebih pengamatan kerana dia dapat mempelajari banyak perkara melalui persekitaran," kata Dr. Mastura.

* Ketika berusia antara 14 bulan hingga dua tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap. Mereka suka dengan permainan imaginatif seperti bermain dengan air. Juga pengalaman secara langsung dengan persekitaran seperti graviti, berat, timbul, tenggelam, sejuk dan sebagainya.

* Ketika berusia antara tiga hingga lima tahun, ibu bapa boleh merangsang kanak-kanak untuk berdikari, belajar berkerjasama, meneroka seni, pelajari pengalaman tentang sebab dan akibat, berimaginasi serta pembinaan kreativiti untuk merangsang kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

"Setiap kanak-kanak mempunyai motivasi yang berbeza," jelas Dr. Mastura.

Ciri semula jadi kanak-kanak

1. Kanak-kanak suka meniru perlakuan orang lain (mimik) tanpa mengetahui mengapa sebabnya. Ia akan meniru perlakuan karakter kegemaran mereka selain ibu bapa seperti karakter kartun, tv, dan sebagainya.

2. Kanak-kanak biasanya degil. Ini kerana mereka ingin berdikari tetapi dalam masa yang sama masih memerlukan kehadiran ibu bapa. Membiarkan kanak-kanak mengetahui akibat daripada perbuatan mereka adalah satu cara untuk mengajar mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama.

3. Belum mampu membezakan betul dan salah. Pemikiran kanak-kanak belum mampu menaakul sesuatu berasaskan logik dan mereka juga tidak faham mengenai abstrak.

4. Suka bertanya soalan. Disebabkan perasaan ingin tahu yang mendalam, kanak-kanak suka bertanya soalan yang pelbagai mengenai persekitaran, perlakuan dan apa sahaja. Dalam menangani perkara ini, ibu bapa atau pengasuh perlu kreatif ketika memberi jawapan yang sepadan dengan perkembangan pemikiran mereka.

5. Ingatan yang tajam. Ketika usia sebegini, kanak-kanak memang mudah mengingati apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Jika disuruh menghafal sesuatu, mereka mudah ingat tetapi tidak faham apa yang dihafal.

6. Suka kepada ganjaran dan sokongan. Puji kanak-kanak dan beri perhatian serta galakan kepada mereka untuk merangsang perkembangan positif.

7. Kanak-kanak memang suka bermain dan perkara yang menghiburkan adalah naluri semula jadi mereka. Sebolehnya ibu bapa atau pengasuh bermain bersama mereka agar tidak terlibat dengan perkara yang mendatangkan bahaya.

8. Suka bersaing. Semakin kanak-kanak membesar dan sudah boleh berinteraksi dengan adik beradik juga rakan sebaya, mereka akan mula bersaing sesama sendiri dengan tujuan untuk mendapat perhatian.



::. Penipuan .::

2 kali peluk cium untuk Husna

Salam...
Ummi rasa tertipu dengan company ni...
Tp, ummi rasa ini kerja agen dia saje kot... Agen dia nak banyak komisyen!
Korang jangan terpedaya dengan mereka.
Kata FREE... Tapi SEBENARNYA lebih mahal yang dijangka!
Ummi dah pergi survey 3x benda ini!
Semua staff dia kata FREE 2 BULAN!
Ummi dah tanya, ada kos2 tersembunyi tak... MEREKA kata TAK ADA!
BETUL ke TAK KENA BAYAR?... Jawapan MEREKA TAK KENA BAYAR UNTUK 2 BULAN!
Tub..tub...bila bill ummi sampai jer... nak pengsan ummi!
Semua sekali ummi kena bayar nak dekat RM 240!
Ummi tak nak MODEM tempohari...
Tp, dalam bill tetap kena caj MODEM RM 180.00!
Ummi benar2 rasa tertipu!
Ummi nak terminate broadband nie... pastu nak pakai streamex!
Puas hati!
Yang paling ummi marah sangat tu....
Udah ler kena bayar MAHAL! Tp, tak boleh guna.
Ummi hanya boleh guna selama 4 hari jer....
Lepas tu, nak reply email pun tak lepas2.
Kalo facebook ker...jangan mimpi ler...
Memang LEMBAB GILER TAHAP BABUN!
So, sekarang ini ummi guna broadband MAxis yang RM 138 sebulan tu!
Walopun LEMBAB juga masih boleh layan FV dan BARNBUDDY...
Nak reply email pun senang jer...
Sementara nak pasang line telefon dan streamyx...
En. Streamyx.... ummi akan ambilmu bawa pulang nanti yer...
Pada en. MAXIS (FREE 2 bulan tp kena BAYAR).... saya akan hantar kamu PULANG ke KLCC next week!
Buat masa ini, KAMU (MAXIS yang FREE olok2) akan jadi PERHIASAN di rumah ummi!





Sunday, December 20, 2009

::. 1 Tahun 9 Bulan

3 kali peluk cium untuk Husna
Salam...
N3 seperti biasa tidak bergambar....
Sekadar menceritakan perkembangan anak kesayangan ummi.
1 Muharam yang lepas, genab umur Husna 1 tahun 9 bulan...
Kan hari tu hari cuti... macam2 aktiviti kami sekeluarga!
Pagi tu, biasa jer.... Dok kat rumah kemas dan layan2 Husna.
Kami mula berjalan lepas solat jumaat.
Tujuan asal kami nak cari sweater untuk Husna.
Coz, next week kami ada rancangan Khas!
Percutian bersama keluarga...
Keluarga di Selatan dan keluarga di Utara akan bersama-sama bercuti-cuti...
Ops! Lari tajuk lah pulak... hehehehe....
Misi kami kali ni berjaya....
Semua barang utk Husna dapat di cari dan memang berkenanan!
Perkembangan Husna setakat ini....
Dr pemerhatian ummi, anak ini banyak cakap dan sangat periang!
Tp, pemalu terutama dengan orang yang baru kenal...
Husna lebih seles di rumah sendiri berbanding dengan rumah orang!
Sekarang ini, suka mengikut cakap2 atau perbualan dari cerita GENG, Barney & Kung Fu Panda.
Setiap stem dan jalan cerita Husna boleh ingat.
Ini termasuklah apa yang dikatakan oleh watak2 tersebut.
Bila dia tengok jer gambar watak tersebut, mula lah dia cakap2.
Tp, hanya pada sesetengah jalan cerita yang dia suka jer...
Tumpuan dia tajam dan dapat mengenal dengan cepat.
Bergitu juga dengan ingatan dia...
Suka memerhatikan apa yang orang buat.
Lepas tu dia akan meniru ler....
Sekarang ni, Husna suka benar main dengan handphone ummi yang lama.
Konon2 bisnes women ler tu... hahahahha...
Percaya tak kalo ummi kata, sejak dari lahir hingga ke usia Husna sekarang ini ummi tak pernah mencuci gambar Husna?
Ummi tak ada pun album khas seperti orang2 lain!
InsyaAllah, sebelum usia Husna 2 tahun ummi akan cuci gambar2 Husna.
Ok, sambung lain kali... ummi nak masak nie...




Thursday, December 17, 2009

1 kali peluk cium untuk Husna


DOA AKHIR TAHUN

Di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun


doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.






SALAM MAAL HIJRAH PADA SEMUA

Wednesday, December 9, 2009

::. 1 Tahun 8 Bulan .::

1 kali peluk cium untuk Husna
Assalamualaikum...

Alhamdulillah... anak ummi dah semakin besar... Dah semakin aktif. Orang kata kalo anak aktif budak tu bijak... Harapnya begitu ler...Setakad ini... Semua ok jer... Memang Husna cepat belajar!
Pantang tengok orang buat mesti dia nak tiru! MAcam-macam aksi si Barney tu dia tiru! Lompat ler, gelek ler... huhuhu... anak ummi...anak ummi...

Paling ummi tak tahan nak gelak... Husna ni kalo tengok VCD suka tukar2... Tak sampai 10 min dah minta tukar... Sekali 2 ok ler... ni banyak kali... Oleh kerana ummi dah janji akan kurangkan marah2 HUsna...ummi pun cakap ler... anak..anak... Lepas tu Husna pun ikut ummi cakap! anak...anak... sambil senyum2! huhuhu... Rasa ummi macam nak gigit jer pipi dia tu!

Mungkin Husna mengalami konfius dalam memanggil seseorang! Iyer lah...seharian duduk kat Taska. Dulu, asyid pangil mama jer... Sekarang ni, ummi dengan ayah pun dia panggil "kakak" jer... Kadang-kadang ummi sahut! Tp, tapi lepas tu ummi betul cakap bukan kakak... Ini ummi.... Tp, pastu panggil gak "kakak"! huhuhuhu...

Husna ni rajin berbual! Macam-macam dia nak cakap! Pusing kiri pusing kanan... Akhirnya hujung dia jer yang ummi paham! KAlo macam dia makan pastu dia luahkan palik...dia cakap... "kakak...pumpah..." . Dah pandai minta susu! Tp kadang2 tak sebut susu! Dia sebut "Dusu". Benarnya dia pandai sebut susu! Tp, malas + manja tu yang boleh sebut "dusu" tu! Kalo BArney pula... Husna sebut "Arnie".

1 kegeramaran Husna yang sedang tak dapat dikawal... huhuhu... Anak ummi ni tak suka pakai baju dan seluar! Tengah2 malam pun tak nak pakai baju dan seluar! Pandai buka sendiri kalo tak dilayan permintaan dia! Adoi hai... anak ummi nie...sejuk tau sayang...

Di usia 1 tahun 8 bulan ini, Husna dah paham erti meminta permainan! Yang paling pelik tu...dia minta mainan Kereta dan motor! Mana ler dia tahun mainan ini semua! Hari tu puas ummi dan ayah pujuk supaya beli yang lain... Tp Husna tak nak! Nangis2 dia nak moto dengan kereta! LAst2 ummi dan ayah turutkan aje lah!

Sepatutnya N3 ni dah lama ummi letak... Lantaran kesibukkan ummi, dan juga masalah semasa nak save kat bloger tu...terus ummi lupa... PAda hal this Saturday Husna dah 1 tahun 9 bulan...huhuhu...sorry sayang...




Monday, December 7, 2009

::. Buzy + Minta Tolong .::

6 kali peluk cium untuk Husna
Salam...

Lately ni ummi tak mengupdate pun blog ini! Buzy sesangat + tenet + komputer yang menggong sesangat! Geram ummi dibuatnya! Dah suruh budak tu datang, buzy ler pulak budak tu! Katanya next week baru boleh datang! Tp, tak tau ler.... Next week bilanya .... huhuhu...

1 lagi yang buat ummi angin nie... cctv kat belakang ummi ni dah menghala ke meja ummi dah! Bila tengok kat bilik bos, memang nampak ler apa2 yang ummi buat! Sampaikan nak duduk tak sopan pun tak berani! Coz, memang nampak sangat! Giler betul orang tua nie! NAk skodeng jer! Dah 4 tahun ummi kat sini... tp, dia tak pernah nak percaya! Kalo kerja ummi tak siap tu, ummi faham ler... tp, semua kerja siap! So, apa yang dia nak skodeng2 lagi! Ummi harap sangat ummi dapat kerja lain secepatnya! Tp, buat masa nie...belum ada rezeki lagi... Puas dah memohon! Tp, macam2 ler majikan sekarang ni nak! Dulu, masa baru2 keluar U, nak pengalaman. Bila dah ada pengalaman banyak inquiry pula! Kenapa nak berhenti ler... Tanya pasal majikan sini ler... Kenapa pengalaman tak sama dengan kelulusan ler... macam2 ler dia orang nie! Geram sungguh!

Kerja kerajaan? LAgi ler... Mohon jer... Pernah dapat intw, bila dah masuk jumpa panel...tetiba... dia orang kata boleh tersilap tengok kelulusan! Terus tak jadi intw! Penat2 jer ummi sediakan modul untuk intw! Dah ler request macam2 sebelum pergi intw! Kena buat PnP ler... tu ler... last2...tak dapat intw coz, dia orang silap panggil tarikh intw! Argh!!!! Tension ler...

Ummi memang tengah sibuk mencari kerja sekarang nie... Kalo ada sesiapa yang tau ada kerja kosong tolong beritau ummi yer... Ummi rasa dah sampai masanya ummi kena cari kerja lain! Ummi dah tak ikhlas utk kerja kat sini! Ummi dah rasa 1 bebanan tiap kali nak datang opis! So, ummi rasa lebih baik ummi pergi kerja lain dr ummi tak ikhlas! Tolong yer kawan2!



Sunday, November 29, 2009

::. Perhatian .::

12 kali peluk cium untuk Husna
Salam...

Hari ini 29/11/2009. Ketika ummi menulis ini juga usia Husna 1 tahun 8 bulan. Dah 4 hari ummi duduk rumah menjaga Husna. Coz, Taska tutup dari hari Khamis sampai Ahad. 4 Hari ini banyak mengajar ummi dan banyak yang menginsafkan ummi.

Perkara yang buat ada sedikit sebak di hati ummi ialah tentang Husna. Selama ini, Husna banyak ragam. Banyak cerita. Tp, bila ummi seharian duduk rumah dengan dia... ummi dapat rasakan yang selama ini dia banyak buat hal sebab Husna rasa dia kurang perhatian! Bila ummi dengan ayah dia pergi kerja, dia rasa dia kena tinggal. Dia rasa dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya di rumah! Itu pendapat ummi! Sebab apa ummi kata cam nie? Sebabnya, semasa ummi dok bertapa dengan Husna nie...Husna AMAT senang diurus! Kecuali masa dia demam! Nangis2 tu biasa ler... Tp, tak ler meragam cam sebelum ini!

Malam tadi ummi ada berbincang dengan ayah Husna tetang hal ini. Ayah Husna pun perasa benda yang sama! Masa ayah bawa di pergi TESCO, Husna langsung tak meragam seperti selalu. Kalo biasanya kita kena ikut kata dia. Kalo dia kata nak jalan2 jalan ler... Ini semalam, dia boleh duduk kat troli barang tu, dari mula sampai nak balik! Magic sungguh! Boleh dengar kata... Dan paling best...dia boleh tido dengan sendirinya tanpa susu dan di popok! Sangat2 magic!

Adoi hai Husna...Ummi minta maaf... Ummi masih belum boleh dok di rumah sepenuh masa! Ummi masih ada tanggungjawab untuk membayar hutang PTPTN yang masih banyak tertunggak! Itu salah 1 sebab kena ummi belum boleh jaga Husna sepenuh masa! Maafkan ummi sayang! Tapi ummi berjanji, ummi akan cuma beri perhatian yang lebih buat Husna! Ummi cuba yang terbaik untuk mencari kerja yang baru dan hanya 5 hari bekerja sahaja!
Ummi minta maaf yer Husna.....

Wednesday, November 25, 2009

::. Husna Demam .::

2 kali peluk cium untuk Husna
Salam....
Hari ini ummi pergi kerja dengan hati dan perasaan di rumah...
Ummi risau dengan keadaan Husna.
Semalam, masa ummi ambil Husna di Taska...
Badan Husna suam2 kuku! Macam agak2 panas ler gitu!
Ummi tanya Husna, sayang demam ker... Dia senyum jer...
Dan memang dia tak meragam langsung...
Bila dah lepas Isyak tu...ummi pegang kaki Husna semakin panas.
Nak bagi ubat demam, tp ubat tu ummi ambil di KBMC masa bulan 6.
Huis! Tak berani ummi nak bagi.
Dah lama sangat. So, suruh ayah beli ubat demam kat kedai bawah.
Ala...ubat sirap tu...
Menangis-nangis anak ummi tu bila makan ubat...
Tak sampai 10 minit dia makan ubat, terus tertido....
Ummi ingat, dia akan tido lena sampai ke pagi...
Ummi angkat nak bawa ke bilik.
Sampai bilik jer, terus dia bangun dan cakap...betul..betul..betul...
Sudahnya dia berjaga sampai ler pukul 12++
Masa ni ayah yang jaga dia...
Ummi dah tertido, dan tak sedar pukul berapa Husna tido!
Sedap2 pukul 3++ gitu, terus ummi angat Husna tido kat katil...
Pukul 4 pg Husna bangun dan ajak ummi tengok betul..betul..betul...
waaaaaaa..... Ummi ngantuk ler sayang....
Malas nak dengar dia nangis, ummi bawa dia gi ruang tamu dan buka cite betul..betul...
Ummi terlelap sekejap, tetiba... Husna kata mi... nyak..nyak...
Ummi tak tau apa tu...nyak..nyak...
Tp, ummi agak dia nak cite Barney go to zoo...
Ummi tanya, barney? Pergi zoo?
Husna jawab...nyak... huhuhuhu....
Ummi tunjuk CD barney... Husna angguk! Dia layan Barney pulak.
Tak sampai 5 min...mi...miau..miau...
huhuhu.... Sampai nak dekat kol 5++ dah tak larat dah!
Ayah pula jaga! Yang bestnya...bila ayah jaga Husna boleh tido pulak tu!
Masa nak gi kerja Husna girang jer...
Tak ada tanda2 dia demam!
Tp, badan dia still rasa panas2 sikit!
Tak sabarnya nak balik...nak tengok Husna nie....


Monday, November 23, 2009

::. Di Hujung Minggu .::

1 kali peluk cium untuk Husna
Salam...
Lama beno ayah Husna tak bawa kami berjalan...
2 Minggu tu! huhuhuhu
2 minggu tu, dok ler terkurung kami berdua...
Ada ler ummi bawa Husna gi IKEA!
Tapi almaklum, ummi ni buta jalan! Dan takut sesat!
So, sabtu & Ahad lepas... Ayah curi2 masa utk bermesra dengan anak dan isterinya!
HAri Sabtu, Ayah just bawa ronda2 dan makan2 jer...
Itu pun sebelum 6.30 kami dah balik dah...
HAri Ahad pula, pagi ayah kerja.
Ayah settle kan mana2 yang tak settle dan dalam 2.30ptg ayah balik.
Ambil ummi dan Husna!
Yahoooooo... Kami nak gi kenduri!
Kami gi kenduri kat Jalan GAsing... Dekat dengan Pantai Dalam...
Ops! 1 nak beritau....
Lama ummi tak masuk ke PAntai Dalam & Kerinchi!
Sekali masuk...mak.... dah jadi bandar dah!
Dah banyak opis kat sana!
Untung ler siapa yang ada beli rumah kat sana...
Memang permintaan tinggu tu!
Studen dan orang bekerja!
Paling best, dah ada Carfour! Tp, hanya pasar jer lah....
Bangga ler kejap... coz 5 tahun ummi dok kat Kerinchi tu! hehehehe
Ok, balik pada cerita kenduri kami tadi!
Sebenarnya kenduri ini adik kepada suami kawan ayah!
Sampai sana kol 3.30ptg! Antara orang2 yg terakhir...
Sib baik ada makanan lagi! hehehehe
Tp, tak de lah bergambo dengan pengantin!
Pengantin tengah sibuk bergambo dan menyanti!
Ha...ummi jumpa Black! Ala...program realiti tu!
Apa kebenda ler nama program tu yer!
JAngan tanya gambo...memang malas nak bergambo dengan artis nie...
Balik tu kami singgah ke One Utama!
Just window shopping jer... Tak beli apa pun.
Gi tengok ikan2 kat sana! Besar2 ikan dia...hehehehe
Pastu dekat taman 1U tu ada pertandingan haiwan peliharaan...
Kami pun pergi ler sana!
Masa pergi tu dah nak tutup!
So, yang ada cuma anjing2 jer...
Husna suka tengok anjing2 nie...
Siap nak kejar lagi... (His...tak boleh sayang...)
Itu ajer lah aktiviti kami minggu lepas....



Wednesday, November 18, 2009

::. Cicak .::

10 kali peluk cium untuk Husna
Salam...
Cicak... Selama ni kan ummi tak ler risau sangat pasal binatang nie...
Tp, kejadian semalam buatkan ummi terkejut sesangat!
Semalam balik kerja terus ambil Husna kat Taska...
So, bila masuk aje kat rumah tu...
Lampu dekat pintu depan tu rosak, so ummi masukkan dulu ler...
Tujuan nak buka lampu kat dapur!
Tinggal ler HUsna yang tengah buka kasut dia!
Husna ni pula semua benda dia memang nak buat sdn!
So, biar ler dia buka kasut dan susun kasut dia kat rak kasut!
Pastu ayah Husna nampak cicak!
Ayah cakap kat Husna... " Husna...apa tu... cicak..."
Husna takut ler...
Tp, Cicak tu diam jer.... Tak ler jalan...
Ayah pun letak baju hujan dan beg!
Tetiba, Husna terpekik terlolong...
Menjerit2 dia sorang!
Ummi punya ler takut, ingat dia tersepit ker apa!
Terus ummi kerjar dia...
Rupanya...cicak tu bergerak ke arah Husna...
TETAPI... buat pengetahuan semua...
Cicak tu, bukan pun dekat beno dengan Husna...
Nun...kat dinding sebelah depan dia...
Baru ler ummi tau... Husna takut beno dengan cicak...
hehehehehe....
Ops! lupa...nak tau cam mana Husna nangis?
Husna menangis sampai keluar air mata!
Masa ummi dokong dia tu kan, dia kepit ummi!
Takut beno ler tu!
His..his..his... Husna...Husna...

Monday, November 16, 2009

::. Tabik ler..::

6 kali peluk cium untuk Husna
Salam....
Tabik? Tabik apanyer yer? huhuhu...
Tak de tajuk kot! hahahaha....
Korang tau kan, ayah Husna sekarang kerna kerja 7 hari seminggu sampai Jan 2010!
So, memang setiap Sabtu & Ahad tu ummi akan berdua ler dengan Husna....
Serius ummi nak cite nie.... Bila dok berdua jer dengan Husna ummi lagi buzy!
Buzy melayan anak dara yang sorang nie!
Nampaknya cadangan ummi nak beli TV ke-2 cam jadi jer....
Coz, semalam jer... tau tak berapa kali Husna ulang tayang cerita GENG tu?
7 x tau! Dari kol 7.30 pg sampai ke kol 9.00 mlm...
Tu jer lah dia ulang2nya!
Bila ummi tengok cite lain jer... jap..jap... Ummi... Betul..betul...
Ummi...katak..katak... huhuhu
Bila seharian dok rumah nie...Ummi memang TABIK ler pada surirumah sepenuh masa nie...
Mereka dapat melayan kerenah anak2 dengan sabar... mengemas rumah, memasak dsb...
Cam ner lah mereka buat yer....
Pastu ke-2 ummi TABIK juga kat ibu2 yang bekerja dan surirumah setiap minggu tanpa ditemani suami!
Penat wey...Buat kerja sorang2...Rasa tak terkejar semua benda nak buat!
Termasuk ler Emak (nenek Husna) ummi!
Sebab emak ummi dulu pun kerja gak!
Tp, kalo nak tau...rumah kami sentiasa bersih!
Makanan kami sentiasa terjaga.... Tetiba terfikir...
Cam ner lah emak buat dulu yer.... Teringin nak buat cam tu!
Nampaknya...Ummi masih belum sempurna...
Masih belum reti nak bahagiakan masa. Cam ner yer nak belajar pengurusan masa yang betul? Tolong ler ajar ummi :)


Saturday, November 14, 2009

::. Anak ummi ker.... anak ayah? .::

6 kali peluk cium untuk Husna
Salam...

Hari ini dah masuk minggu ke-2 ayah Husna buzy sesangat!
Semalam ayah balik pukul 2.30 a.m!
Ummi dah tido dengan Husna...
Itu pun kami tak tak tido kat bilik, kami tido kat ruang tamu jer...
Husna pulak, malam tadi budak yang sangaaaaat baik!
Sambil2 tengok GENG, dia mamai2 dan tido dalam 9.15 pm.
hehehehe... Bestnya...dapat ler ummi tengok Nur Kasih!
Kalo tak...mesti Husna cakap...
kak...betul...betul... Sambil tunjuk2 tv!
hehehehe..... Tq sayang.... Ummi tau Husna budak yang baik...
Dalam kol 10.30 gitu...Husna merengek dan mula menangis...
Dari pelahan sampai ler kuat!
Pastu siap panggil ayah...ayah...
Puas ummi pujuk tak nak diam juga....
Bagi susu pun tak nak...ummi pangku pun semakin kuat menangisnya!
Huhuhuhu... Macam ummi pulak yang nak menangis!
Lama gak Husna menangis...
Dia mencari ayah dia... Bila dia kuat menangis...mesti dia sebut ayah...ayah...
Dalam 15 minit gitu... dah pelan sikit Husna menangis!
ummi baringkan... dan dia mula nak menangis kuat!
Pastu ummi terus bagi susu... terus senyap... Alhamdulillah...
Dalam hati ummi, ayah juga dia cari...
Husna memang sejak dari dalam hari sampai sekarang...
Kalo ayah tak de, memang dia cari....
MAlam2 tido dengan ummi...Ummi yang buat susu!
Ummi yang jaga dia tido...
Tapi...
Dalam tido selalu panggil2 nama ayah!
Sampai nangis2!
huhuhu... anak ummi ke.... Anak ayah nie....



Thursday, November 12, 2009

::. Baby ? .::

2 kali peluk cium untuk Husna
Salam...

Ini adalah perbualan antara anak dengan ayahnya yang dicintai...

Ayah : Husna... Husna nak baby?
Sambil main2 dengan Husna...
Iyer sejak akhir2 nie...Husna kan suka main...baby..baby...
Ummi dan ayah pun dia main baby...baby...
Husna jawab dengan lajunya ...
Husna : nanak! Sambil ketawa!
Ayah tak puas hati....
Ayah : Husna nak baby tak?
Husna : nanak..sambil geleng kepala!

Fahamkah Husna apa yang dia cakap dan ditanya?
Husna tahu tak baby tu apa?
Bila dilihat dengan sikap Husna yang "angin" 1 badan tu....
Tak sedia lagi untuk beri dia adik...
Biar ler dia faham dan betul2 tahu apa yang kita cakap!
Tp, bila tengok dia main sorang2 kasihannya anak ummi!
Macam malam tadi...
Ummi dah tertido...kepenatan!
Tinggal ler Husna main sorang2 sambil tengok Pengembaraan GENG!
Pastu di kejutkan ummi utk buka tutup mainan dia...
huhuhu... siannya anak ummi!
Tp, nanti dulu ler sayang...
Biar Husna bermanja puas2 yer....
Ummi dan Ayah sayang sangat kat Husna!


Note : Ketika N3 ini ditulis usia Husna 1 thn 7 bulan 3 minggu 4 hari

Wednesday, November 11, 2009

::. Semakin Banyak Akal .::

3 kali peluk cium untuk Husna

Salam,
Ini berita Ahad lepas... hehehehe... Baru nak update...
Sejak dari minggu lepas bermulalah kisah berdikarinya ummi dengan Husna...huhuhu...
Ayah Husna ada projek sampai bulan Januari 2010!
Memang tiap2 Sabtu dan Ahad kena kerja!
So, ummi dengan Husna kena berdikari agar kami tak de lah memerap kat rumah 24jam kan?
Lebih2 lagi budak cinonet kat atas tu!
Kalo dok rumah jer...mula ler dia buat perangai!
Semua tak kena! Sesekali terpikir...betul juga orang2 kata...
Masa mengandung jangan asyid jalan2 jer...
NAnti anak pun ikut juga! hehehehe

So, Ahad lepas... ummi dan Husna pergi ler ke IKEA...
Saja jalan2 dan beli2 ler sikit2.
Yang paling geram tu... Dia mengis sekuat2 nya kat Ikea tu!
Macam kena dera jer gamaknya...
Adoi hai...semua orang tengok jer...
Ummi sedaya upaya memujuk dia
Bagi susu tak nak, duduk kat stroler tak nak...
huhuhu....
Lama2 dia tertido kat stroler...


Lama gak dia tido...Memang lena ler...
Sempat ummi dia sambar 2 helai baju dia...
Husna bangu kol 1.30...
Lepas makan2 kat A&W kami balik naik teksi!
Siab baik Ikea tu dekat jer... Tu pun kena tambang RM 7.00 tau!
Ok, habis citer aktiviti hari minggu kami!
Nak cerita ermmmmm...
=

=

=

GENG!
Korang semua sure tau apa itu GENG!
Mesti korang cakap, alal dah lapuk... Orang lain dah lama dah tengok!
hehehehe
Serius ummi cakap, dulu memang nak sangat bawa Husna gi tengok GENG kat pawagam!
Tp, bila pikir Husna yang "angin" jer 1 badan...tak nak ler bawa!
So, 2 minggu lepas ummi nampak orang jual CD nie...
Just bawa ler Husna tengok2... Bila dia nampak jer Upin & Ipin...punya ler suka...
Lalu ummi pun belikan ler....
TAPI... MAsa tu tak adict sangat!
Ini mula minggu nie ler...
Bangun pagi, nak tido, balik sekolah... Husna cakap...
kak..kak..kak.. sambil tunjuk tv!
Pastu buat aksi katak melompat! Aksi yang paling dia suka!
Dah 2 malam dah tak tengok cite "Nenek Kebaya" dan Berita! huhuhu...
Nak tengok cite lain kena tunggu dia tido!
Kalo tak mengamuk dia bila kita tukar cite lain!
Ada kah... INI BERMAKNA UMMI KENA BELI TV 1 LAGI?
HUHUHUHU

Tuesday, November 10, 2009

::. Tahniah .::

5 kali peluk cium untuk Husna

Salam...
Sebenarnya N3 ni dah lama ummi simpan...
Dari bulan lepas lagi! hehehehe...
N3 kali ni ummi gi majlis konvokesyen adik ummi di Melaka!
Nun kat atas tu rumah tumpangan yang kami duduk!
Memang best giler...dan sangat puas hati...
So, kalo sesiapa nak gi Melaka pergi ler dok kat rumah ni...
Nama dia : Asma Villa Bestari!
Harga ok ler... Kami ambil 1 bilik, boleh muat 8 org naru RM 150.00 ajer...


Gambar kenang-kenangan dengan mak dan abah...
Ini adik ummi yang ke-4...
Yang pegang bunga tu adik ummi yang ke-5...


So...Ini ler keluarga ummi.
Ada lagi 2 orang... Akak yang sulung dan adik lelaki yg no 3...
Punya ler tunggu lama...huhuhu
Ummi datang ke dewan tu kol 10.00 pg baru mula!
Pada hal...dia orang berkumpul kat sana dr kol 7.30pg! hehehe...
Adik ummi antara no giliran yang terakhir...
Kalo tak silap 800++ ler... kol 1 ++ baru siap...
Dapat gak ler ummi tengok kat skrin dalam dewan satu lagi....
Dan sekarang adik ummi mengajar di sebuah sekolah di Kota Tinggi...
Selamat menempuh alam pekerjaan...

Tuesday, November 3, 2009

::. Anak Ummi Yang Manja .::

7 kali peluk cium untuk Husna
Font sizeSalam,

Lamanya ummi tak letak gambar Husna yang terkini kan?
Ada gambar husna tu...Tp, ummi tak sempat nak upload ler...
Macam2 yang menimpa dan yang memerlukan perhatian yang lebih!
N3 kali ni pun tanpa gambar HUsna...
Cuma nak buat kenangan bila Husna dah besar nanti!
Biar Husna tahu ummi dia sayang sangat kat dia!

Sebelum tu...nak citer sikit!
Minggu ni ummi agak kecil hati dengan jiran ummi.
Walopun kami jarang bertemu dan berbual...
Tp, perbualan singkat pagi semalam meninggalkan kesan kat hati ummi.
Sedih sangat.
Memang ummi mengaku Husna sejak dah besar ni feel dia semakin manja. Kalo nak sesuatu tu bila tak dapat mula lah...menangis macam kena pukul dan sekut-kuatnya.
Sudahnya jiran sebelah tu tegur!
Dia tanya, kenapa Husna nangis. Demam ker... Cam tu le lebih kurang!
Walopun kata dia tu baik jer... Cuma ummi terasa sikit ler...
Coz, ummi kalo boleh tak nak Husna menangis.
Tp, ummi nak buat cam ner... Dah itu feel terbaru Husna!
Ok, tutup buku lah yer...

Kejadian ni terjadi malam semalam...
Lepas kena tegur dengan jiran...ummi jadi malu.
So, malam semalam Husna buat hal...
Sikit2 menangis...sikit2 menangis...
Ummi jadi rungsing dan rasa macam nak marah jer...
Ummi tahu, anak ummi ni mengantuk, tp dia sengaja tak nak tido.
Ummi dah ajak baring2 pun tak nak...
Susu dah habis 14 auns dah! tp, masih tak nak tido.
Bila tak kena sikit jer...menangis! Ummi sedih lah Husna macam nie...
Last2 agaknya Husna tengok ummi pun dah mengantuk, dia naik kat peha ummi... Dia baring kat peha ummi... Bila ummi bersila...
Terus dia baring macam kita menyusukan baby tu!
So, tak sampai 5 minit dia tertido.
Ummi biarkan dia lena sikit, sampai ummi pun tertido sambil duduk!
Ada lah dalam 5 minit juga ummi terlelap sambil bersila dan memangku Husna...
Ummi harap sangat Husna akan berubah! Jangan nangis2 sangat!
Nanti jiran kita marah yer sayang...
Walau apapun Ummi dan ayah tetap sayang kan Husna...




Thursday, October 29, 2009

::. Ala Hai Anak Ummi .::

5 kali peluk cium untuk Husna
Salam....

N3 kali ini ummi nak cerita beberapa kejadian yang ummi tak tau nak katogerikan cam ner! Ummi nak gelak pun ada, nak menangis pun ada dan rasa bersalah yang teramat sekali pun ada!


Tajuk : Alahai Durian.
Tarikh : 25/10/2009

Hari Ahad lepas ummi ingat cuma nak duduk kat rumah jer... Almaklum ler...ummi sekeluarga gi Melaka sejak hari Jumaat! Letih jangan ler nak kata! Tp, petang ahad tu... Kasihan kat Husna. Husna dah lama tak gi taman! Dah 2 kali ummi berjanji nak bawa Husna gi taman tak jadi! Macam2 hal yang berlaku. Ingat petang tu nak gi taman dekat dengan rumah jer... Tp, tetiba hujan turun...So, ummi dan ayah bawa Husna pergi main kat giant Kota Damansara.

Nak masuk ke giant tu ada jual durian... ala yang dah bungkus2 tu! Masa nak masuk ayah kata Husna dah minta dah. Tp, ayang buat tak dengar jer... Masa balik tu...ummi ingat memang nak beli... Husna pula...sibuk cakap...nak...nak..nak... Bila ummi belek2 sikit sangat dan tak berbaloi! So, ummi dan ayah ambil keputusan tak nak lah beli! Sekali tu ...Husna punya lah menangis macam orang sakit... Siap sebut...nak...tu...nak...tu...

Ummi tanya nak apa? Husna jawab...nak...nak... sambil tangan dia tunjuk budak yang jual duria tu! Pujuk2 dalam kereta pun tak nak. Semakin kuat dia menangis! PAstu... Ummi malas nak dengar dia memangis macam tu... ummi belikan ler 2 packed. RM 25.00... Bila Husna nampak jer... Terus senyap dia. Ummi tanya lagi...Husna nak durian yer? iyan...iyan...Husna Jawab! Biala ummi bagis jer kat dia terus dia makan tanpa tolok kat ummi! HAbis 2 ulas dia makan! Lepas makan terus dia naik ke pangku ummi dan sembamkan kepala dia kat dada ummi! Tak sampai 1 minit, dia tidur lena! huhuhuhu...


TAjuk : Car Seat

Ummi tak pasti adakah apa yang ummi alami ni perkara biasa? Sejak hari raya hari tu...Husna dah tak nak dududk kat carseat dia! Ummi pula, memang takut sangat2 kalo dia tak nak duduk dalam carseat nie! Coz, malang tak berbau! Moga2 dijauhkan ler... Bila letak jer dia melompat macam terkena api jer! Bila paksa dia menangis. KAdang2 ummi yang mengalah, kadang2 Husna yang mengalah!

So, altenatif yang ummi guna, pangku dia kat riba ummi! Tidukan Husna dulu, bila dah tidur baru ummi letak kat carseat. Bila dia bangus, ada lah tanhan setengah ke 1 jam, pastu dia merengek2 nak turun dari carseat.

Persoalannya :
1) Anak2 kawan2 macam mana yer?
2) Adakah ummi kena beli carsea lain?


Tajuk : Saya nak meja
Tarikh : 29/10/2009

Kejadian ni berlaku malam tadi. Memang tersentuh naluri hati ummi! MAsa tu, memang ummi nak menangis! Tp, ummi tahan jer...hehehe... Bukan cite sedih pun! Gini citenya... BAlik kerja semalam, kami makan malam. Biasanya makan kami memang tak makan atas meja! Susah dan tak selamat untuk Husna! Coz, Husna buka suka makan duduk 1 tempat jer! Apa yang berlaku semalam.... Husna ambil pinggan dia yang ada nasi. Dia letak kat atas kerusi komputer. PAstu dia masuk bilik ambil 2 biji bantal kecil dia... Dia susun tindih2 dan duduk atas bantal tu! PAstu Husna makan. Tp, still tak sampai. Kan kerusi tu tinggi... So, dia masuk ke dalam bila sekali lagi. Dia bawa lagi 2 biji bantal dan tindih2kan jadi empat biji bantal yang disusun tinggi! Husna cuma duduk kat atas bantal tu! huhuhu... Cepat2 ummi ambil dia coz takut jatuh!

Tetiba ummi terpikir... kawan2 yang sebaya dengan dia...mak bapak dia orang ada belikan kerusi dan meja untuk budak2 tu! Ummi rasa macam ralat sangat2. Nanti ummi nak cari meja dan kerus untuk Husna. Husna ummi minta maaf yer sayang... Ummi lupa pasal benda nie... NAnti kalo dah ada meja dan kerusi...Husna jangan panjat2 yer... Boleh guna untuk baca buku yer sayang....


Bila ummi kenang kembali... Bermacam2 perasaan yang bermain di kepala ummi. Diam tak diam...anak ummi dah nak masuk 2 tahun... Kejapnya masa berlalu....

1) Disebabkan Husna dah besar... Husna dah pandai minta makanan yang dia suka! Dan Husna dah pandai memberontak bila tak dipenuhi apa yang dia minta.

2) Disebabkan Husna dah besar, dia tak nak lagi duduk kat carsea dia! Dia nak bebas! Tak nak kena duduk kat carseat! Sungguh bahaya tau Husna...

3) Disebabkan Husna dah besar, dia tahu apa nak buat tanpa disuruh! Cuma Husna masih belum tahu apa yang dia buat tu elok atau tak pada dia! Boleh datangkan bahaya ker tak...huhuhu

Monday, October 26, 2009

::. Cutes Baby in Walker Contest .::

4 kali peluk cium untuk Husna

Salam semua...
Sekali lagi ummi bersiaran! hehehe....
Apakah maknanya ini? Korang tau tak? Mesti tau kan...kan...
Ni hah...ada contest baru... Jom ler joint!
Ceh wah! Cam ummi pulak tuan rumah yer...
Apapun...jom ler kita meriahkan contest utk birthday girl nie!
Contest nie dianjurkan oleh : mummy kepada
Nur Aqilah Insyirah.
Sambil tu ummi nak ucapkan Selamat Ulang Tahun yang Ke-2...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)
Syarat penyertaan?
Senang jer... Masuk SINI yer...
+
+
+
+
+
+
Layan ler...GAmbo anak ummi yang sangat-sangat ummi sayang....

Wan Nur Husna
1 Tahun 7 Bulan

Banyak orang kata penggunaan walker ni tak elok untuk tumbesara anak-anak. Bergitu juga dengan pead Husna! Pead Husna dulu memang tak berapa setuju jika ummi guna walker. Tp, masa kat dalam bilik pead jer lah kami berdua mengiyakan kata2 pead tu! Bila balik rumah...ummi masukkan juga Husna dalam walker! hehehe... Bagi ummi penggunaan walker AMAT berjasa! Bila HUsna dah pandai kutip2 benda di lantai! Ummi lagi risau jika dia termakan benda-benda yang merbahaya. Ummi yang bekerja ni, kadang-kadang tak dapat nak sentiasa di sisi Husna. So, ummi dan ayah cadangkan mengunakan walker! So, bila ummi nak kemas rumah atau memasak...ummi masukkan ler Husna dalam walker! Kalo ummi tak sibuk, ummi biarkan dia menyusur / merangkak di atas toto! Selain itu, dengan walker juga... Husna boleh belajar macam-macam. Kan sekarang ni ada banyak aksesori yang ditambah pada walker? Walker ni ada banyak bentuk dan rupa! Ada yang murah dan ada yang mahal! So, bila nak beli walker tu kena lah pandai memilih! Macam Husna yang semangat ketika lahir nie...ummi pilih brand Sweet Cherry! Kenapa ummi pilih yang ini? Coz, dia boleh naikan roda dan jadi kerusi! So, tak ler Husna berjalan dan merayau guna walker dia! Just kat situ jer lah! Yang ni nampak kukuh sikit! Tak ler hanya besi jer... So, dia nampak stabil sikit! So, ini juga dapat membantu perkembangan Husna! Alhamdulillah, sepanjang Husna menggunakan walker, belum sekali Husna jatuh! Dah walker tu berjasa kepada Husna sampai usia dia 10 bulan jer! Itu pun sebab Husna dah pandai jalan. Dah ummi juga tengok perkembangan Husna mengikut step yang betul!

Jika nak tengok pada keburukkan walker nie... banyak juga! Ramai baby jatuh dari walker kerana mungkin lantai yang tidak sama rata, terlalu laju bergerak, tidak kukuh dan juga bayi nak terkeluar dari tempat duduk walker yang terlalu kecil. Ada kajian juga mengatakan dengan mengunakan walker baby akan skip perkembangan dia! Contoh baby belum bersedia lagi untuk berjalan, tp kita dah latih baby mengunakan kaki dia! Baby juga terdedah kepada bahaya. Mana lah tahu tanpa kita sedari baby akan menarik alas meja ker... atau menyentuh benda-benda di atas rak.

Kesimpulannya...pendapat ummi lah... Pengunaan walker ni bergantung pada ibu bapa itu sendiri! Jangan biarkan anak anda merayap dengan walkernya tanpa pemantauan dan pengawasan. Jangan biarkan anak anda terlalu lama di dalam walkernya. Memadai sekitar 10 hingga 15 minit.



Friday, October 23, 2009

::. Senyum Ceria Si Comel .::

1 kali peluk cium untuk Husna
Salam...
NAmpak tak gambar di atas? Apakah maknanya ituw? hahahaha
Sekarang nie kan... ummi tengah mabuk! Mabuk?
JAngan pikir bukan-bukan tau! Belum lagi...hehehehe
Sebenarnya...ummi tengah masuk joint contest!
Memang berantu tau! Pantang nampak contest!
Dengan muka tak malu...ummi joint jer... Saje meriahkan contest bloger2 semua!
+
+
+
+
Bawah lagi
+
+
+
Contest ini telah di anjurkan oleh
SMILEYKIDZ
Tak susah pun nak joint! Senang dan pantas jer...
Nanti korang boleh ler cek syarat-syaratnya kat SINI yer...
Tapi..jangan lupa tau!
Tarikh Akhir penyertaan ialah pada :
31 Oktober 2009 tepat pukul 11.59mlm
+
+
+
+
+
MARI LAYAN GAMBO-GAMBO ANAK KESAYANGAN UMMI

NAMA : WAN NUR HUSNA
TARIKH LAHIR : 18/03/2008
UMUR : 1 THN 7 BULAN



Gambar terbaru


8 bulan


7 bulan

9 bulan

Masa umur 7 bulan

So..kawan-kawan semua apa tunggu lagi!
Mari ler kita terjah ke SMILEYKIDZ
HAdiah lumayan korang... Tak rugi joint!
Jom..jom...jom...

Wednesday, October 21, 2009

::. LaMa DAh BeRangAN .::

10 kali peluk cium untuk Husna

Salam semua...
Cuba teka... apa aktiviti kami hari cuti yang lepas?
tekaler...
*
*
*
*
*
*
KAmi Ker ZOO Negara...
hehehehe
Harga tiket dah naik ooooo...
Masa ummi pergi dulu...
Rasanya tahun 2004 @ 2005 kot...
MAsih lagi RM 10.00... Tp, kali ni pergi... RM 20.00
Tp, tak per ler... Binatang2 kat sana tu...perlukan makanan kan...
So, kira beri sedekah ler...kat haiwan2 kat sana...hehehehe



Ini GAmbo budak yang dah mengamuk...
Rasanya dia mengantuk masa nie...
Iyer ler... KAmi tolak dari rumah kol 10++
Memang waktu tido dia...
hehehehe... Tp, Husna enjoy gak tengok haiwan2 di sana!



Ayah Husna yang sibuk melayan anak dia!
Walo pun Husna belum tahu sangat...
Tp, dia sangat2 teruja bila tengok Tiger...
Tp, dia tak cakap tiger...
dia cakap Miau... (Kucing) huhuhu....
Tp, bila tanya cam mana bunyi tiger dia bunyi... maum...maum...



Adakah gajah ini merpati dua sejoli?
hehehe... TAu gak kasih sayang yer...
Gajah nie asyid minta makan jer...
Terutama yang belah kiri tu!
RAmai dah orang bagi dia makan!
Tp, minta lagi...huhuhuhu


Budak menangis tak dapat kamera!
hehehehe...
Tak boleh ler sayang...
Ini ler kamera yang ummi ada!
Kalo rosak nanti... HAbis ler ummi....hehehe


Bagi gajah ni makan!
Ummi beli 2 batang tebu.
Sebatang RM 3.00... Jadi ler gajah oi...
Dapat gak ko merasa ummi bagi makan yer...hehehehe




Ayah dan anak yang berposing sebelum balik...
Penat giler... dan cuaca yang panas terik tu lagi ler...



Kami sekeluarga....
Seronok tau... siapa yang dah lama tak pergi...
Pergi ler... Walopun mahal sikit...hehehehe
tak per...


Eh...Belum habis lagi ler...
Bergambo dengan Zirafah!
Nampak sangat kekerdilan ummi...
huhuhu


Last gambo...
NAk balik nie...
Jumpa lagi lain kali...
KAmi sampai rumah kol 3.30ptg!
Sampai rumah... semuanya lepak!
Tp, ummi tak dapat tido!
Coz, Husna dah bangun dari tidonya yang lena masa dalam kereta!
huhuhu... HAri yang penuh dengan kenangan...

Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez