Monday, March 14, 2011

Ketahui Botol Susu Anak Anda....

1 kali peluk cium untuk Husna

Perbezaan antara botol susu bayi polikarbonat dengan Bisphenol A (BPA) yang tidak selama digunakan (kanan) dan polipropilena (kiri) yang ditunjukkan pada sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya, Isnin. Botol susu polikarbonat akan diharamkan penggunaannya dalam pasaran. - MOHD SAHAR MISNI/The Star

Saya petik:
[Bernama] PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. 
................... 
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

 P/s: Mengapa perlu haramkan pada tahun 2012? Mengapa tidak haramkan serta merta? Saudara, belilah botol yang selamat digunakan walaupun mahal sedikit. Utamakan keselamatan dan kesihatan anak anda.

Thursday, March 10, 2011

Kereta Mewah?

2 kali peluk cium untuk Husna
Assalamualaikum...
Saja hari ini ummi nak cerita pasal kereta mewah!
Sejak ummi kerja kat sini kan....
macam2 kereta mewah yang pernah ummi tengok!
Jadilah... just tengok jer kan...
nak beli...insyaAllah...suatu hari nanti :)


Macam BMW 3series di atas nie... Pertama kali ummi tengok dan naik tahun 2004. X-boos ummi beli.
Memang seronok tau!


Tapi kan.... ummi lebih suka Alphard nie....
hehehehe.... memilih tu! 
Tak pernah pulak ummi naik lagi!
Just intai2 dari luar jer...
Kalau nak naik boleh jer... kunci ada... tapi malaslah nak berangan!



Nak dengar ceita tak? hehehe...
Ada kaitan juga dengan kereta mewah nie...
Last week ada lah sorang mamat nie...
Ops lupa! MELAYU yer...
Muda lagi tau! Rasanya dalam 30++ belum sampai 40 pun...
Datang showromm beli kereta mewah.
Yang first dia ambil 4 bijik kereta tau!
Total REGEnya... dalam RM1.5million!
1st installment dia bayar RM 200,000 ribu !!!
2nd installment RM 175,000 ribu!!


So.... cam ner.... best tak kalo korang dapat tengok orang melayu seperti ini?
Kaya dan humble jer tau!
Tak ler datang kat showroom tu pakai blazer ke apa!
Just pakai jeans dan t-shirt jer...
hahahaha


Kali ke-2 dia datang!
Naik kereta WIRA model lama!
tu! cam gambar di atas, cuma warna hitam!
aik? dah dia orang kata macam2 kat mamat nie...
Cakap mamat nie rounding money ler... apa ler...
his...his...his... 

kalo koranglah kan.... 
apa pendapat korang? 
Siapa mamat nie yer?
Ada ker orang kaya giler nak naik kereta wira?


***** Gambar2 di sini di ambil daripada pak cik Google yer...****

 
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez