Wednesday, December 30, 2009

::. Penutup 2009 .::

3 kali peluk cium untuk Husna
Salam....

Nampaknya hanya tinggal 1 hari jer lagi kita akan meninggalkan tahun 2009. Terus terang ummi katakan ummi bergitu berdebar-debar menantikan kemunculan tahun baru. Ummi tak tau kena ummi berperasaan bergitu! Setiap detik dan waktu ummi rasanya terlalu pantas... Ummi nak mengimbau kejadian-kejadian untuk tahun 2009.

Husna

Husna mula berjalan ketika usia dia 10 bulan 2 minggu. Iaitu pada 4/01/2009. Ummi gembira bila melihat anak kesayangan memulakan langkahnya yang pertama! Husna memang seorang budak yang berani. Tiap kali dia jatuh dia tak akan give up! Dia terus melangkah dan melangkah. Sebenarnya di awal usia dia 10 bulan dia dah mula melangkah. Tp, hanya setapak demi setapak dan perlu alat bantuan!

Perkataan pertama yang Husna sebut adalah "mama". Huhuhu... iyerlah... seharian dengan "mama" dia di taska... so tak boleh cakap apa lah! Lepas tu dia mula panggil ayah dia.... huhuhu...lagi ler ummi sedih! Ummi yang jaga Husna malam2. Tiap2 malam ummi yang bangun buat susu.... Tp, ayah juga Husna panggil dulu!

Birthday Husna yang pertama pada 18/03/2009 ummi sambut dengan ala kadar sahaja. Niat dihati nak buat besar2, tp banyak masalah yang perlu ummi settlekan.... So, akhirnya ummi just buat makan2 sekeluarga dan bagi sikit makanan kat Taska dia. Tp, kat Taska "mama' dia dah sambut dulu. Mama dia sambut masa 1/3/09 kalo tak silap :)

Husna mula menyebut perkataan ummi ketika usia dia mencapai 1 tahun 3 bulan. Itupun cuma mi..mi... jer... Dah sekarang Husna memanggil ummi dengan perkataan "kakak"! huhuhu.... Tp, biasanya dia panggil emmmi... boleh lah... Ada gak bunyinya kan...

Bila Husna berusia 1 tahun 7 bulan... Lebih banyak perkataan yang Husna tahu. Husna dah tahu menyanyi, menari, berlari dan juga memanjat! Jatuh? huhuhu... Banyak kali Husna jatuh! Husna memang seorang anak yang aktif dan lasak. Husna juga sangat-sangat suka berdikari! Semua dia nak buat sendiri termasukkan makan dan minum. Sehinggakan nak buka dan tutup cerita kegemaran dia (Barney, Upin&ipin, In the night Garden) pun nak buat sendiri! Mandi apa lagi... Tp, dia sangat suka kalo ayah dia mandi dengan dia sekali!

Sekarang ni anak ummi dah petah bercakap. Cakap bahasa German! Ada yang ummi dan ayah faham...ada yang tak... Kalo tak tu ummi just cakap..."o...iyer ker..." @ "O...cam tu yer... bagus...bagus..." hehehehe

Sebenarnya tahun 2009 ini banyak cabaran dan dugaan yang ummi sekeluarga lalui.... Hanya DIA sahaja tahu macam mana keadaan ummi dalam masa 1 tahun nie! Apapun DIA hanya nak menguji hambaNYA. Ummi redha ada ujian ini.

Ummi berharap tahun 2010 akan lebih baik dari sebelum ini!

Barang azam + idaman ummi untuk tahun 2010 :
  • Nak jadi super ummi
  • Nak berjimat dan simpan duit
  • Nak bercuti2...
  • Rumah baru
  • Netbook
  • Mesin jahit
  • kerja baru
  • Kamera
Pada kawan2 ummi selamat tahun baru.



Tuesday, December 22, 2009

:. Nak Glamor Kejap .::

9 kali peluk cium untuk Husna
Salam semua dan semoga sihat-sihat sahaja.... Bagi peluang ummi glamour kejap yer...


Rasanya temubual ini 2 minggu lepas kot... Lupa jap... Tp, dalam bulan nie lah... Ummi ditemubual utk 1 artikel pasal bisnes online nie... hehehe... ummi apa lagi, bagaikan orang ngantuk disorongkan bantal ler...


Ops! Bukan ummi sorang jer... Ada 3 orang semuanya... Mereka pun ada kedai online juga...


Cuma ada sedikit kesilapan pada alamat laman sesawang ummi tu! sepatutnya : http://manjakusayangcollection.blogspot.com/.... Tp, tak apa ler.... Janji Glamour kejap... hahahaha....

Sebenarnya dah setahun lebih ummi menceburi bisness online nie... Masa ummi mula dulu tak ler banyak sangat bisnes online... Terutama baju kanak2. Sempat ler melalui zaman2 kegemilangan...hehehehe.... Tp, sekarang, siapa yang jual murah dan barang2 dia cantik pasti akan ada pengunjung! So, ummi kena bersaing dalam hal ini! Tak per persaingan sihat kan...

Keuntungan ummi boleh ler tahan.... Tp, bukan untuk ummi tau! Ini khas buat anak kesayangan ummi! Memang merancang kalo ada anak ummi nak buat sesuatu utk dia! So, bermulalah manjakusayang
.

Pada semua pelanggan manjakusayang ummi ucapkan terima kasih atas sokongan kalian.... MAcam dalam anugerah skrin pula dah :)

Untuk Link : HarianMetro

Monday, December 21, 2009

Rangsangkan Otak Bayi

0 kali peluk cium untuk Husna
Bacaan yang sangat memberi panduan tentang baby kita ...
****************************************************

BERGELAR ibu bapa, saat menyaksikan perkembangan si permata hati sejak lahir adalah suatu pengalaman yang paling indah. Jika boleh, sedetik pun kita tidak mahu terlepas peluang yang cukup berharga ini.

Peringkat awal kehidupan si kecil sememangnya penuh dengan cabaran dan penerokaan. Sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu membimbing mereka. Memberi dorongan dan galakan agar tahun-tahun awal kehidupan ini diisi dengan pengalaman serta pengetahuan yang berguna.

Menurut pensyarah dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Mastura Badzis, bayi di dalam bahasa Arab disebut at-tiflu yang bermaksud lembut, mudah rosak, sensitif dan mudah terdedah kepada kerosakan.

"Jika tidak betul penjagaan, ia mudah terdedah kepada bahaya. Bayi dan kanak-kanak memerlukan penjagaan dan asuhan yang teliti," katanya.

Merujuk kepada Ibnu Sina, umur dari lahir hingga dua tahun dipanggil usia buaian. Dari tiga hingga lima tahun adalah usia taman asuhan. Dari enam hingga 12 tahun adalah peringkat pendidikan pertama manakala dari 13 hingga 21 tahun peringkat remaja.

Kata Dr. Mastura, untuk menjana perkembangan holistik bayi dan kanak-kanak, ia perlu merangkumi perkembangan rohani, sosio budaya, bahasa dan komunikasi, tingkahlaku simbolik (bermain, bahasa isyarat, mimik muka, kreativiti dan imaginasi), biologi (bentuk tubuh secara fizikal dan kemahiran pergerakan), intelek atau kognitif (pemikiran dan idea), perkembangan sosial (aspek 'saya' dan 'awak', imej diri, jantina, hubungan dengan orang lain) dan emosi (perasaan).

Jelasnya, ibu bapa perlu memahami perbezaan antara perkembangan dengan pembelajaran bagi memudahkan mereka membantu anak meneroka persekitaran.

"Perkembangan adalah perubahan secara umum bagaimana anak berfungsi dan ia berlaku secara normal," katanya.

Manakala pembelajaran adalah sesuatu yang provokasi, kata Dr. Mastura. Ia perlu mendapat rangsangan otak dan ada masalah yang perlu diselesaikan.

"Contohnya, bayi yang memegang bola dan memasukkan ke dalam mulut. Dia ingin mengetahui bagaimana bentuk bola itu dan sebagai ibu bapa, beritahu kepada anak bahawa ini bola," katanya.

Menurut beliau, bayi lebih gemar memasukkan objek ke dalam mulut kerana lidah mereka lebih berfungsi daripada tangan untuk merasa sesuatu objek.

Katanya, bayi yang tidak dirangsang juga akan melalui proses perkembangan seperti biasa tapi tidak sama dengan bayi yang didedahkan dengan proses pembelajaran.

"Rangsangan otak pesat berkembang dalam enam tahun pertama kanak-kanak iaitu hampir 85 peratus. Jika kanak-kanak tidak diberi peluang untuk belajar apa yang ada di sekeliling mereka ketika itu, memang rugi," katanya.

Apa yang berlaku dalam otak kanak-kanak.

Dalam otak kanak-kanak terdapat sel otak (neuron). Ia perlu dirangsang. Jika tidak, neuron akan mati. Jika terdapat rangsangan, sel neuron akan berkembang dan menghasilkan lebih banyak lagi sinap.

Prosedur menjana potensi

* Gunakan segala peluang yang ada supaya bayi boleh membuat penemuan tentang dunia melalui kelima-lima deria yang ada.

* Berbual dan berkomunikasi dengan bayi

* Galakkan bayi memegang, menggenggam objek pelbagai saiz, bentuk dan tekstur. Refleksi genggaman bayi akan hilang selepas berusia dua bulan.

Tiga bulan hingga lima tahun

* Rangsang dengan menggunakan permainan.

* Ketika berumur antara tiga hingga lima bulan, gunakan cermin (baik untuk bayi mengenali imej sendiri kerana ketika ini mereka tidak tahu bahawa imej di cermin adalah diri mereka), 'crip gym' yang boleh ditarik, ditolak dan ditendang.

* Ketika berusia lima hingga lapan bulan, bayi suka membaling dan menjatuhkan objek ke bawah (tanda perkembangan yang sihat). Bila dia mula merangkak, bayi suka persekitaran yang lapang dan mempunyai permainan. Ketika ini mereka mula berkomunikasi.

* Ketika berusia lapan hingga 14 bulan, beri bayi peluang merasai pengalaman melalui eksperimen ketika bermain seperti lompat, menangkap, meramas, memusing, tendang, baling, lari, bergolek dan sebagainya.

"Bayi yang merangkak dahulu sebelum berjalan lebih pengamatan kerana dia dapat mempelajari banyak perkara melalui persekitaran," kata Dr. Mastura.

* Ketika berusia antara 14 bulan hingga dua tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap. Mereka suka dengan permainan imaginatif seperti bermain dengan air. Juga pengalaman secara langsung dengan persekitaran seperti graviti, berat, timbul, tenggelam, sejuk dan sebagainya.

* Ketika berusia antara tiga hingga lima tahun, ibu bapa boleh merangsang kanak-kanak untuk berdikari, belajar berkerjasama, meneroka seni, pelajari pengalaman tentang sebab dan akibat, berimaginasi serta pembinaan kreativiti untuk merangsang kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

"Setiap kanak-kanak mempunyai motivasi yang berbeza," jelas Dr. Mastura.

Ciri semula jadi kanak-kanak

1. Kanak-kanak suka meniru perlakuan orang lain (mimik) tanpa mengetahui mengapa sebabnya. Ia akan meniru perlakuan karakter kegemaran mereka selain ibu bapa seperti karakter kartun, tv, dan sebagainya.

2. Kanak-kanak biasanya degil. Ini kerana mereka ingin berdikari tetapi dalam masa yang sama masih memerlukan kehadiran ibu bapa. Membiarkan kanak-kanak mengetahui akibat daripada perbuatan mereka adalah satu cara untuk mengajar mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama.

3. Belum mampu membezakan betul dan salah. Pemikiran kanak-kanak belum mampu menaakul sesuatu berasaskan logik dan mereka juga tidak faham mengenai abstrak.

4. Suka bertanya soalan. Disebabkan perasaan ingin tahu yang mendalam, kanak-kanak suka bertanya soalan yang pelbagai mengenai persekitaran, perlakuan dan apa sahaja. Dalam menangani perkara ini, ibu bapa atau pengasuh perlu kreatif ketika memberi jawapan yang sepadan dengan perkembangan pemikiran mereka.

5. Ingatan yang tajam. Ketika usia sebegini, kanak-kanak memang mudah mengingati apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Jika disuruh menghafal sesuatu, mereka mudah ingat tetapi tidak faham apa yang dihafal.

6. Suka kepada ganjaran dan sokongan. Puji kanak-kanak dan beri perhatian serta galakan kepada mereka untuk merangsang perkembangan positif.

7. Kanak-kanak memang suka bermain dan perkara yang menghiburkan adalah naluri semula jadi mereka. Sebolehnya ibu bapa atau pengasuh bermain bersama mereka agar tidak terlibat dengan perkara yang mendatangkan bahaya.

8. Suka bersaing. Semakin kanak-kanak membesar dan sudah boleh berinteraksi dengan adik beradik juga rakan sebaya, mereka akan mula bersaing sesama sendiri dengan tujuan untuk mendapat perhatian.



::. Penipuan .::

2 kali peluk cium untuk Husna

Salam...
Ummi rasa tertipu dengan company ni...
Tp, ummi rasa ini kerja agen dia saje kot... Agen dia nak banyak komisyen!
Korang jangan terpedaya dengan mereka.
Kata FREE... Tapi SEBENARNYA lebih mahal yang dijangka!
Ummi dah pergi survey 3x benda ini!
Semua staff dia kata FREE 2 BULAN!
Ummi dah tanya, ada kos2 tersembunyi tak... MEREKA kata TAK ADA!
BETUL ke TAK KENA BAYAR?... Jawapan MEREKA TAK KENA BAYAR UNTUK 2 BULAN!
Tub..tub...bila bill ummi sampai jer... nak pengsan ummi!
Semua sekali ummi kena bayar nak dekat RM 240!
Ummi tak nak MODEM tempohari...
Tp, dalam bill tetap kena caj MODEM RM 180.00!
Ummi benar2 rasa tertipu!
Ummi nak terminate broadband nie... pastu nak pakai streamex!
Puas hati!
Yang paling ummi marah sangat tu....
Udah ler kena bayar MAHAL! Tp, tak boleh guna.
Ummi hanya boleh guna selama 4 hari jer....
Lepas tu, nak reply email pun tak lepas2.
Kalo facebook ker...jangan mimpi ler...
Memang LEMBAB GILER TAHAP BABUN!
So, sekarang ini ummi guna broadband MAxis yang RM 138 sebulan tu!
Walopun LEMBAB juga masih boleh layan FV dan BARNBUDDY...
Nak reply email pun senang jer...
Sementara nak pasang line telefon dan streamyx...
En. Streamyx.... ummi akan ambilmu bawa pulang nanti yer...
Pada en. MAXIS (FREE 2 bulan tp kena BAYAR).... saya akan hantar kamu PULANG ke KLCC next week!
Buat masa ini, KAMU (MAXIS yang FREE olok2) akan jadi PERHIASAN di rumah ummi!





Sunday, December 20, 2009

::. 1 Tahun 9 Bulan

3 kali peluk cium untuk Husna
Salam...
N3 seperti biasa tidak bergambar....
Sekadar menceritakan perkembangan anak kesayangan ummi.
1 Muharam yang lepas, genab umur Husna 1 tahun 9 bulan...
Kan hari tu hari cuti... macam2 aktiviti kami sekeluarga!
Pagi tu, biasa jer.... Dok kat rumah kemas dan layan2 Husna.
Kami mula berjalan lepas solat jumaat.
Tujuan asal kami nak cari sweater untuk Husna.
Coz, next week kami ada rancangan Khas!
Percutian bersama keluarga...
Keluarga di Selatan dan keluarga di Utara akan bersama-sama bercuti-cuti...
Ops! Lari tajuk lah pulak... hehehehe....
Misi kami kali ni berjaya....
Semua barang utk Husna dapat di cari dan memang berkenanan!
Perkembangan Husna setakat ini....
Dr pemerhatian ummi, anak ini banyak cakap dan sangat periang!
Tp, pemalu terutama dengan orang yang baru kenal...
Husna lebih seles di rumah sendiri berbanding dengan rumah orang!
Sekarang ini, suka mengikut cakap2 atau perbualan dari cerita GENG, Barney & Kung Fu Panda.
Setiap stem dan jalan cerita Husna boleh ingat.
Ini termasuklah apa yang dikatakan oleh watak2 tersebut.
Bila dia tengok jer gambar watak tersebut, mula lah dia cakap2.
Tp, hanya pada sesetengah jalan cerita yang dia suka jer...
Tumpuan dia tajam dan dapat mengenal dengan cepat.
Bergitu juga dengan ingatan dia...
Suka memerhatikan apa yang orang buat.
Lepas tu dia akan meniru ler....
Sekarang ni, Husna suka benar main dengan handphone ummi yang lama.
Konon2 bisnes women ler tu... hahahahha...
Percaya tak kalo ummi kata, sejak dari lahir hingga ke usia Husna sekarang ini ummi tak pernah mencuci gambar Husna?
Ummi tak ada pun album khas seperti orang2 lain!
InsyaAllah, sebelum usia Husna 2 tahun ummi akan cuci gambar2 Husna.
Ok, sambung lain kali... ummi nak masak nie...




Thursday, December 17, 2009

1 kali peluk cium untuk Husna


DOA AKHIR TAHUN

Di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun


doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.






SALAM MAAL HIJRAH PADA SEMUA

Wednesday, December 9, 2009

::. 1 Tahun 8 Bulan .::

1 kali peluk cium untuk Husna
Assalamualaikum...

Alhamdulillah... anak ummi dah semakin besar... Dah semakin aktif. Orang kata kalo anak aktif budak tu bijak... Harapnya begitu ler...Setakad ini... Semua ok jer... Memang Husna cepat belajar!
Pantang tengok orang buat mesti dia nak tiru! MAcam-macam aksi si Barney tu dia tiru! Lompat ler, gelek ler... huhuhu... anak ummi...anak ummi...

Paling ummi tak tahan nak gelak... Husna ni kalo tengok VCD suka tukar2... Tak sampai 10 min dah minta tukar... Sekali 2 ok ler... ni banyak kali... Oleh kerana ummi dah janji akan kurangkan marah2 HUsna...ummi pun cakap ler... anak..anak... Lepas tu Husna pun ikut ummi cakap! anak...anak... sambil senyum2! huhuhu... Rasa ummi macam nak gigit jer pipi dia tu!

Mungkin Husna mengalami konfius dalam memanggil seseorang! Iyer lah...seharian duduk kat Taska. Dulu, asyid pangil mama jer... Sekarang ni, ummi dengan ayah pun dia panggil "kakak" jer... Kadang-kadang ummi sahut! Tp, tapi lepas tu ummi betul cakap bukan kakak... Ini ummi.... Tp, pastu panggil gak "kakak"! huhuhuhu...

Husna ni rajin berbual! Macam-macam dia nak cakap! Pusing kiri pusing kanan... Akhirnya hujung dia jer yang ummi paham! KAlo macam dia makan pastu dia luahkan palik...dia cakap... "kakak...pumpah..." . Dah pandai minta susu! Tp kadang2 tak sebut susu! Dia sebut "Dusu". Benarnya dia pandai sebut susu! Tp, malas + manja tu yang boleh sebut "dusu" tu! Kalo BArney pula... Husna sebut "Arnie".

1 kegeramaran Husna yang sedang tak dapat dikawal... huhuhu... Anak ummi ni tak suka pakai baju dan seluar! Tengah2 malam pun tak nak pakai baju dan seluar! Pandai buka sendiri kalo tak dilayan permintaan dia! Adoi hai... anak ummi nie...sejuk tau sayang...

Di usia 1 tahun 8 bulan ini, Husna dah paham erti meminta permainan! Yang paling pelik tu...dia minta mainan Kereta dan motor! Mana ler dia tahun mainan ini semua! Hari tu puas ummi dan ayah pujuk supaya beli yang lain... Tp Husna tak nak! Nangis2 dia nak moto dengan kereta! LAst2 ummi dan ayah turutkan aje lah!

Sepatutnya N3 ni dah lama ummi letak... Lantaran kesibukkan ummi, dan juga masalah semasa nak save kat bloger tu...terus ummi lupa... PAda hal this Saturday Husna dah 1 tahun 9 bulan...huhuhu...sorry sayang...




Monday, December 7, 2009

::. Buzy + Minta Tolong .::

6 kali peluk cium untuk Husna
Salam...

Lately ni ummi tak mengupdate pun blog ini! Buzy sesangat + tenet + komputer yang menggong sesangat! Geram ummi dibuatnya! Dah suruh budak tu datang, buzy ler pulak budak tu! Katanya next week baru boleh datang! Tp, tak tau ler.... Next week bilanya .... huhuhu...

1 lagi yang buat ummi angin nie... cctv kat belakang ummi ni dah menghala ke meja ummi dah! Bila tengok kat bilik bos, memang nampak ler apa2 yang ummi buat! Sampaikan nak duduk tak sopan pun tak berani! Coz, memang nampak sangat! Giler betul orang tua nie! NAk skodeng jer! Dah 4 tahun ummi kat sini... tp, dia tak pernah nak percaya! Kalo kerja ummi tak siap tu, ummi faham ler... tp, semua kerja siap! So, apa yang dia nak skodeng2 lagi! Ummi harap sangat ummi dapat kerja lain secepatnya! Tp, buat masa nie...belum ada rezeki lagi... Puas dah memohon! Tp, macam2 ler majikan sekarang ni nak! Dulu, masa baru2 keluar U, nak pengalaman. Bila dah ada pengalaman banyak inquiry pula! Kenapa nak berhenti ler... Tanya pasal majikan sini ler... Kenapa pengalaman tak sama dengan kelulusan ler... macam2 ler dia orang nie! Geram sungguh!

Kerja kerajaan? LAgi ler... Mohon jer... Pernah dapat intw, bila dah masuk jumpa panel...tetiba... dia orang kata boleh tersilap tengok kelulusan! Terus tak jadi intw! Penat2 jer ummi sediakan modul untuk intw! Dah ler request macam2 sebelum pergi intw! Kena buat PnP ler... tu ler... last2...tak dapat intw coz, dia orang silap panggil tarikh intw! Argh!!!! Tension ler...

Ummi memang tengah sibuk mencari kerja sekarang nie... Kalo ada sesiapa yang tau ada kerja kosong tolong beritau ummi yer... Ummi rasa dah sampai masanya ummi kena cari kerja lain! Ummi dah tak ikhlas utk kerja kat sini! Ummi dah rasa 1 bebanan tiap kali nak datang opis! So, ummi rasa lebih baik ummi pergi kerja lain dr ummi tak ikhlas! Tolong yer kawan2!



Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez