Saturday, January 24, 2009

:: Tok Abah dan Tok Mak Datang KL ::

Salam semua...
HAri ini hari yang paling bertuah ler bagi ummiHusna dan sekeluarga...
Apa taknya... Tok abah ni, memang kalau boleh mengelak sesangat dari datang KL.
Tak tau ler mengapa! Macam-macam alasan yang Tok abah beri kalau ajak ke KL.
Ayam banyak ler...Stok buah-buah nak meniaga banyak ler... macam-macam ler...
Tp, kali ni nak pulak bila Tok mak cakap nak gi KL.
Sebenarnya hari ni ada kenduri kat Seremban.
Dah terlanjur gi kenduri rumah sepupu Tok mak, terus gi KL rumah Husna...
Tok abah dan Tok Mak sampai seremban dalam kol 12.30 tgh. Ummi pulak lambat sampai!
Nak dekat 1.30 baru sampai. Kebetulan pulak, jalan jem... Ingatkan ada kemalangan ke apa. Ramai pemandu memperlahankan kereta melihat kereta yang rosak!
Itu ler pemyebab jem yang teruk. Pengajarannya, jangan slow kan kereka untuk meninjau apa yang berlaku!
Kami balik semula ke KL pukul 3++
Malam kami mula lah Jalan-Jalan Cari Makan.
Lokasi pilihan Gian Mutiara Damansara. UmmiHusna suka makan kat kedai nie...
Sedap ler.. Ala-ala Chicken Rice Shop. Cuma dia tak ler banyak menu sangat!
Ini Tok Abanh dengan Husna. Ops! Lupa nak bagi tau. Tok abah ni, abah ummi. Jadi Tok abah ni merangkap atuk Husna. Mengapa Tok Abah? Sebenarnya, semua sepupu Husna yang dua orang tu (Kak Azie dan abg Hakim) panggil Tok abah ni 'Abah'. Dah puas dari kecil suruh panggil tok... Tak de nya dia orang mau... So, bila turn Husna pulak, abah mula bahasakan diri Tok abah... Cam gitu juga dengan Tok Mak...

Ini pulak, Kak Ucu, Kak andak dan Abang merangkap bapak dan mak saudara Husna... Sori ler...Gambar kurang memuaskan. Coz, tukang ambil gambonya terlalu profesional... hehehe....

Ini gambo Husna. Apa ler yang di gelakkan tu ummi pun tak tau... Sampai terkeluar air liur dia! Husna yang masih belum tumbuh gigi. Pada hal umur dah pun 10 bln +++


Sebenarnya pada 23/01/09 adalah birthday Tok abah yang ke-54 tahun.... Buat pengetahuan semua, Tok abah, Abang, ummi dan kak andak, birthday dekat-dekat... Senang nak ingat...
So, malam tu, kami buat suppries kat Tok abah. Kami sambut birthday Tok abah dengan sederhana sekali...
Jadi ler... InsyaAllah ada rezeki kita buat lagi tahun depan...

Semoga Tok abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bertambah keimanannya... Tahun ni, Tok mak beri Tok abah cincin suasa.... Itupun atas permintaan Tok Abah. Selalunya Tok abah tak nak apa-apa. Dan Tok mak akan beri Tok abah duit. Tp, tahun ni berbeza sikit...
Ok, cukup sampai sini... Coz, esok nak cuti2 Malaysia dengan Tok Abah sekeluarga.... Tunggu yer....

0 kali peluk cium untuk Husna:

 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez