Tuesday, July 28, 2009

::. GiveAway di Galeri Pengantin .::


Salam semua.... Ummi dah giler joint GiveAway atau contest ler...hahahaha... Bukan untuk apa, saja untuk meriahkan contest penganjur! hehehe...
Sebelum ummi berkahwin dulu, ummi berangan-angan hendak mengadakan majlis perkahwinan di dalam sebuah dewan yang besar...Dewan persandingan dihiasi ribuan bunga-bungaan ros yang semerbak harum... Sewaktu ummi (pengantin) melangkah masuk... Kami di iringi puteri dan putera yang lengkap ber "tuxido" bagi kanak2 lelaki dan ber "gaun" bagi kanak2 perempuan. Kanak2 ini membawa bakul yang di isi dengan kuntuman ros merah dan putih. Apabila kami telah duduk di pelamin, adanya kumpulan penyanyi ghazal... Ummi memang ingin perkahwinan pertembungan moden dan klasik! Dan juga muhibah! Selain daripada itu... tetamu yang hadir akan diberi cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan! Tetamu yang hadir juga, hendak lah berpakaian melayu tradisional. Tidak kira melayu, cina dan india... Apabila acara memotong kek, ummi idamkan kek yang setinggi 7 tingkat dan di hiasi bunga2 ros.... Dan juga pisau pemotong kek itu...hendaklah...merupakan pisau yang panjang macam pedang tu...hehehe... Semasa para tetamu sedang menikmati juadah yang dihidangkan... pengantin berjalan mengelilingi dewan dan beramah mesra dengan tetamu. Juadah yang teringin ummi hidangkan adalah... Daging kambing panggang, nasi beriyani, rendang @ kari daging kerbau, ada juga ayam untuk tetamu yang tidak makan daging, juga sayuran dan buah-buahan untuk tetamu yang vegiterian! Hidangan untuk pencuci mulut pula, sama ada dadih ataupun aiskrim. Untuk minuman pula, teringin rasanya untuk hidangkan air yang kaler biru tu... hehehe... Ummi pun tak pasti apa nama air tu! Tp, rasanya memang sedap!
Itu ler impian perkahwinan yang tidak tercapai... Perkahwinan ummi ummi hanya sederhana tetapi tetap meriah!
So...kawan-kawan semua...mari ler joint GiveAway ini.... Mesti best kalo dapat cerita apa yang kita impikan untuk perkahwinan kita sebelum ini!
Syarat-syaratnya biasanya ajer...Tak ada syarat yang sukar untuk kita joint! GiveAway ini akan telah bermula pada 28/07/09 dan akan berakhir pada 18/08/09... Lama kan... So, korang boleh karang baik-baik punya...





0 kali peluk cium untuk Husna:

 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez