Wednesday, February 4, 2009

:: House Wife ::

Salam,
Tarikh : 24/01/09 - 03/02/09
Tempat : Damansara



Hehehe.... Rasanyalah kan, mesti orang tertanya2 apa punya topik ler nie.... Tp, ummiHusna just nak kongsi pengalaman ummiHusna sepanjang masa cuti CNY hari tu... Lama giler ummiHusna cuti tau... Dai 24/1/09 - 3/2/09, ummiHusna jadi suri rumah tangga.

Macam2 kan dugaan bila dah duduk rumah nie... Hari2 buzy gak, mengalahkan orang bekerja! Sepanjang duduk kat ummah ni, macam-macam yang ummiHusna buat.... Tp, misi ummiHusna gagal. Dek penangan Husna yang manja! Husna cam tau jer, ummi dia bercuti! huhuhu...Bukan ummi dera Husna! Husna yang dera ummi.
Semua kerja-kerja rumah, ummiHusna buat sebelah petang. Itupun setelah Husna tido. Kalau Husna tak tido, jangan ler harap! UmmiHusna lipat kain, Husna pun nak tolong gak! Tp, bukan tolong lipat! Tolong punggah semula... huhuhu.... Anakku...... UmmiHusna nak kemas rumah, pun Husna tolong gak! Habis susu Husna, botol2 semua dia keluarkan dari rak. UmmiHusna masuk kan semula kat rak, Husna keluarkan semula... huhuhu...

Apa yang ummiHusna dapat sepanjang seminggu lebih bersama Husna tersayang :

  • UmmiHusna lebih mengenali Husna. Mesti org cakap, mak apa ler dia nie.... Sebenarnya bila kita dah bekerja, masa kita untuk anak pasti terbatas. Apa tah lagi kalau cam ummi, sabtu pun kerja. So, bila berdua duduk dengan Husna ummi habiskan masa dengan anak kesayangan nie...

  • Ummi gembira dapat melihat dia membuat langkahan ke 3 dan ke-4. Sebelum ni, dua langkah dah jatuh. Tp, masa dok berdua dia melangkah sampai empat tapak...

  • Ummi cuba masak untuk Husna, tp dia tak nak makan benda yang sama tiap hari. Sedih tau! Pada hal kalau ikut cara yg betul kita kena beri makanan yg sama utk lihat sesuaikah makanan tu utk dia! Husna suka makanan yang ada perasa. Masam, manis, memang dia suka. Husna buka suka makan ubat! Tp, bila ummi beri dia jus kurma, suka jer dia...hehehe....

  • Husna merupakan anak yang manja sangat. Sampaikan ummi nak gi toilet pun kena bawa...hahaha... Bila dia bangun je, ummi dah tak boleh buat kerja. Kena duduk dengan dia, layan dia main dan tak boleh gerak... KAlau gerak, dia pun panjat kaki ummi. Kalau tak angkat, mulalah dia menyanyi sekuat-kuatnya...Huhuhu... Agaknya jiran sebelah pun naik bingit dengar Husna menangis...

  • Satu lagi yang paling best, ummi juga dapat tengok gigi pertama Husna tumbuh. Gigi Husna tumbuh dan naik ke atas pada 29/01/09. Ayah balik jer, ummi tak sabar nak cakap. Terus jer report kat ayah, yg Husna dah tumbuh gigi... Hu...lega rasanya. Lama dah ummi tunggu Husna tumbuh gigi.

Ini adalah masakan ummi yang terakhir sepanjang ummi bercuti. Ayam bakar entah apa tah... Hehehe...Saje2 letak madu, mayonis, garam, sikit serbuk lada dan perap ayam selama 1 jam. PAstu bakar ayam... hehehe.... JAdi juga...

4 kali peluk cium untuk Husna:

~Ummi Mujahid~ on February 7, 2009 at 7:10 PM said...

Salam Liana..

hmm bila baca kisah liana ngan husna, mmg akan teringatkan mujahid. sepersis mujahidlah. mujahid pun dah mula tumbuh gigi atas, baru 1 lagi 1 bakal keluar. x sabar nak tgk dia senyum dgn 2giginya tu.

Liana on February 8, 2009 at 12:23 AM said...

Wa'alaikum salam...

Tu ler kak Tini, banyak kan persamaan Mujahid dengan Husna kan...hehehe...

laily on February 8, 2009 at 2:10 PM said...

masa berkualiti utk anak tersayang.
saya pn dh lame x spend a lot of time with my lil. one.
pstttt, time kaseh award yg diberi..
tp kan, de tugasan utk award, ble2 mase kalo de free..no expired date!..

Liana on February 8, 2009 at 7:13 PM said...

tu ler kak laily...Bila kita sesekali spend time utk anak, mesti kita akan lebih mengenali dia kan...

Tugasan? hehehe....

 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez