Wednesday, August 12, 2009

::. Words Baru .::

Salam...
Jam menunjukkan angka 12.46 pg. Tp, ummi masih belum tido...
Baru jer selesai membungkus barang2 yang nak ummi pos esok.
Bukan tak boleh untuk buat N3 nie esok, tp ummi takut ummi terlupa...
Maklum ler...ummi dah tua... hahaha
Ummi tak nak ummi ketinggalan dan terlupa perkembangan si kenit tu!
Semalam ler yer... 8/8/09 dan 9/8/09 Husna dengan jelasnya telah menyebut perkataan :
  1. Dah habisss... Tak tau ler...mesti "S" dia tu banyak sikit!
  2. de.. (ada)
  3. acak... (Cicak)
  4. acing ... (kucing)

Rasa ummi ini ajer words terbaru Husna untuk 2 hari ini!

Hati ummi? huhuhu... tersenyum simpul-simpul bila dengar dia bercakap! Masa berbual2 dengan Husna (walao pun lebih 80% ummi tak faham) ummi nak menangis sebenarnya! Yang Husna pula, boleh gelak2! Pada hal...ummi dia nak menitik air mata! Dalam hati ummi ini anak yang ku kandung dulu! Tetiba terbayang wajah Husna masa berusi 1-5 bulan. Masa belum tahu apa2 lagi! Sekarang ummi baru tau betapa hati seorang ibu. Ok ler...mata dah mengatuk! PAgi nanti nak bangun kol 5... Selamat malam semua....


3 kali peluk cium untuk Husna:

Nana on August 12, 2009 at 8:35 AM said...

hehe..amboi dah banyak words dia tau ek...sama mcm damia gak

rosmona on August 12, 2009 at 5:18 PM said...

MESTI LAGI KIUT KAN KALO DENGAR LIVE.. DGN MULUT DIE YG COMEL LAGI...

Liana on August 13, 2009 at 2:18 PM said...

nana... banyak words yang dah terang dia sebut sekarang.


Mona... Cute...sangat! Bila dia bebel tu, rasa cam nak gigit jer mulut dia. hahaha

 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez