Saturday, May 16, 2009


Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersamaMembantu,
membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Salam semua...

Huis...lama rasanya ummi senyap. Blog kawan2 pun ummi jarang masuk. Sorry sesangat yer... Ummi memang buzy sesangat. banyak kerja kena settle kan sebelum hujung bulan nie! Kalo tak, habis ler kena denda pekerja2 ummi itu! huhuhuhu!

Hari nie 16 mei. Hari guru! Ummi terkenang masa zaman2 sekolah. Bila buat sambutan hari guru jer...mesti nyanyi lagu Guru Malaysia. Sampai 1 tahap tu, ummi dah hafal beno lagu tu! Sampaikan nak belajo pun kena nyanyi dulu lagu tu untuk penguat semangat! Coz, sejak kecil ummi berminat nak jadi cikgu! hehehe...

Ummi ingat lagi, masa ambil STPM. Boring sangat. Coz, sungguh banyak subjek yang kena belajar. Untuk peperiksaan ambil 5 subjek jer! Tp, budak2 STPM kena belajar lebih kurang 12 atau 13 subjek. huhuhu...Giler kejap! hahaha...Tp, bila ummi boring nak study, lagu nie ler yang ummi nyanyi! Nak nyanyi lagu lain tak reti!

Semperna hari guru hari nie... Ummi nak ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia. Terutama guru2 yang pernah mengajar di Sek. Keb. LKTP Adela, Sek. Men. Keb. Adela (SEMEKA) dan Sek. Men. Keb. Bandar Mas (SMKBM).

Guru2 yang pernah mengajar ummi. Terutama kepada keluarga angkat ummi...Ustaz Nasir dan Cikgu Norhayati. Walaupun kita dah terputus hubungan, saya tetap ingat apa yg ustaz pesan kat saya sebelum berakhirnya SPM 1997. Saya berharap kita akan dapat berjumpa kembali.

Pada guru kelas ummi 5 Perdagangan 1 tahun 1997, Cikgu Wakiran, terima kasih atas segalanya. Pada cikgu Hanfiah dan cikgu Noriah tq cikgu. Pada cikgu Hamiza, sekarang saya dah faham mengapa cikgu selalu tak beri muka kat kami semua! Pada Cikgu Matematik ummi yg paling garang tu! Time kasih cikgu. Denda rotan 100x tu telah membawa saya ke menara gading. Pada cikgu Tolha, walaupun cikgu sekarang nie berada di TTDI, tp saya belum lagi jumpa cikgu. Maaf yer cikgu. Kerana alamat dan nombor telefon yang cikgu beri terhilang ler... Sorry sesangat!

Pada guru2 masa ummi STPM 1999, 6 Ekonomi (6 atas 1)Cikgu Marina, Cikgu Johar, Cikgu Samsudin, Cikgu Norliza dan suami, Cikgu Johana dan suami... Tq atas segalanya. Khas buat cikgu Marina dan cikgu Johar... Tq beri peluang kepada saya untuk mewakili Negeri Johor. Itu pengalaman yang tak akan saya lupakan. Pada guru2 lembaga pengawas 1998/1999....Memori itu sangat indah.

Oh yer...pada kawan2 ummi yang dah bergelar guru... Selamat menjalankan tugas! Jangan fikir jadi cikgu kerana tak de kerja tau! Atau tak de pilihan!hehehe...Siapa yer kawan2 ummi yang dah bergelar cikgu! erm..... Faizah (SEMEKA), Maizatul (SEMEKA), Abg Faizal (UM), Nafisa (X-roomate) dan Laili (UM). Doakan ummi dapat ikut jejak korang! Dah 6 kali ummi gi ujian Mtest! Tp, mungkin bukan rezeki ummi!

Pada guru2 yang ummi tak sebut tu...Bukan bermakna ummi tak ingat... Ummi tetap ingat jasa cikgu2 semua!

SELAMAT HARI GURU...

TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

2 kali peluk cium untuk Husna:

zieha on May 16, 2009 at 4:34 PM said...

ropanya..liana minat jadi pendidik ye..hik3x.all the best.semoga impian mu akan tercapai gak nnti..sabar ye:) don't give up

Liana on May 16, 2009 at 10:51 PM said...

Kak zieha,
Tak tau le kak. Setelah mencuba kali ke-6, saya tak pasti untuk kali ke-7. hehehe

 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez