Wednesday, March 25, 2009

::. Suka Meneroka .::

Salam,
Hari nie ummi nak membebel... Tp, bebelan ummi kali nie, insyaAllah beri makna dan pengetahuan pada ibu2 yg ada anak umur 1 - 3 tahun... Harap2 dapat ler membantu yer...
Sebenarnya, anak2 yg berusia 1 - 3 tahun nie:
  • Mereka mempunyai aktiviti yg luar biasa. Mereka suka meneroka apa2 sahaja yg menarik perhatian mereka.
  • mereka baru belajar mengenal diri mereka dan mempelajari kemahiran kendiri mereka sendiri!
  • mereka akan sentiasa ingin mengetahui, mencuba dan merasa apa sahaja yang mereka nampak.
  • Jika mereka sudah boleh bercakap, tentu pelbagai soalan yang akan diutarakan kepada ibubapa dan orang sekeliling mereka!
  • Mereka sudah pandai buat perangai, seperti memilih bila pakai baju, meragam bila nak tido, perasaan irihati, lapar, letih dan sakit.
  • Boleh meniru aktiviti atau gelagat orang dewasa.

Apa yang perlu kita buat bila anak kita tergolong dalam usia ini?

  • Memberi perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya pada anak kita. Jangan jadi seperti anakku sazali uder ler yer kawan... hehehe
  • Mengawasi aktiviti anak kita. Kerana waktu umur sebegini, anak kita seperti span yn menyerap apa sahaja maklumat yang mereka perolehi.
  • Merangsang perkembangan intelek anak2 dengan kerapkan membaca bersama-sama.
  • Perlu membentuk rutin harian bersama anak-anak terutama buat ibu bapa yang bekerja. Ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Tips untuk ibu bapa melayani anak setahun hingga tiga tahun:

  • Ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah yang baik. (Ini tidak bermaksud kena sediakan banglow 5 tingkat) Tp, keadaan yang selesa untuk sekeluarga bagi perkembangan anak2.
  • Elakkan perlakuan yang kasar. Ini akan ditiru oleh anak2. Ini termasuklah bahasa dan perbuatan
  • Ibu bapa perlu mengelakkan bergaduh depan anak2. Kerana anak2 seusia ini merakam apa sahaja yang dia lihat
  • Ibu bapa perlu akui anak adalah unik dan memang wujud perbezaan antara jantina
  • Jangan PILIH KASIH

Peringatan kepada ibu bapa di luar sana :

Masa yang berlalu tidak akan berpatah balik! Mungkin kita akan terlepas sesuatu yang amat berharga jika kita mencari ruang dan masa untuk anak2.

rujukkan : Berita Harian & RAtu HAti

4 kali peluk cium untuk Husna:

Unknown on March 25, 2009 at 3:58 PM said...

liana,
memang begitulah yang sepatutnya. kakchik memang belajar semua tu dalam pendidikan awal kanak-kanak. ibu bapa elok sungguh belajar atau ambil tahu tentang perkara ni kerana di usia inilah otak anak-anak sedang pesat berkembang.

Mamamanja on March 25, 2009 at 4:27 PM said...

thanks for sharing

Liana Manjaku on March 25, 2009 at 6:26 PM said...

KakChik,

tu ler...Kadang2 kita alfa sikit benda2 macam nie. Kita ikut hati jer...

MM,
Sama2 kasih...

zureen @ mama on March 26, 2009 at 7:28 AM said...

Kita sebagai parents perlu menjadi contoh yg baik..

Wan Nur HusnaWan Nur Husna

Husna yang comel
 

ini belog ummi & husna Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez